Berita Harian

Mahasiswa UTM ditawar bekerja di Jepun

-

Johor Bahru: Dua mahasiswa Fakulti Kejurutera­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengukir kenangan indah apabila ditawarkan bekerja di Jepun ketika mengikuti program Asia To Japan Recruiting Forum (A2J) di negara matahari terbit itu, baru-baru ini.

Biarpun sekadar memilih bahasa Jepun sebagai satu daripada kursus elektif di universiti, namun peluang diperoleh kini cukup bermakna buat kedua-dua pelajar terbabit.

Winnie Ho Xin Ni, 24, ditawarkan kontrak daripada Horiba Jepun untuk memulakan kerja pada Disember depan, manakala Fareed Amirulrazy, 25, yang baru sahaja menamatkan pengajiann­ya pada November tahun lalu turut ditawarkan kerja di Nifco Yokohama, bermula April ini.

Pensyarah Bahasa Jepun dari Akademi Bahasa UTM, Kumaraguru Ramayah, berkata kelebihan menguasai bahasa Jepun bukan sekadar memberi ilmu bahasa ketiga kepada mahasiswa, malah, menyediaka­n platform serta bimbingan bagi mereka yang berminat bekerja di negara terbabit.

Program bahasa Jepun di UTM juga diperakui oleh Yayasan Jepun apabila universiti ini dimasukkan dalam Rangkaian Sakura dan turut diiktiraf sebagai pusat Japanese Language Proficienc­y Test di Malaysia.

Nilai tambah

“Tidak hanya mempelajar­i kursus berkaitan kejurutera­an, pelajar juga berpeluang memperoleh nilai tambah baharu menerusi penguasaan bahasa antarabang­sa lain sekali gus mampu memberi peluang kerjaya luas pada masa hadapan,” katanya kepada BH Varsiti.

Satu lagi forum berimpak tinggi iaitu Nikkei Asian Recruting Forum (NARF) turut menyediaka­n latihan persediaan, terutama bagi pelajar Asia yang berhasrat bekerja di Jepun

Sementara itu, graduan UTM, Ma Che Ken yang diterima bekerja menerusi program NIKKEI turut berperanan mengambil lebih ramai junior bagi membina kerjaya di sana.

Beliau pernah mengambil bahagian dalam NIKKEI pada 2015 dan ditawarkan bekerja dengan syarikat Tokyo Electric Power Services Co Ltd (TEPSCO) serta memulakan pekerjaan pada April 2016.

 ??  ?? Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada forum NARF di Tokyo,
Jepun, barubaru ini.
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada forum NARF di Tokyo, Jepun, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia