Berita Harian

Program PPRN tangani masalah usahawan IKS

-

Kota Kinabalu: Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Keusahawan­an, (ERDEC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil pendekatan inklusif meningkatk­an keberkesan­an pelaksanaa­n program Public-private Research Network (PPRN) 2019 menerusi kerjasama erat dengan beberapa agensi pembanguna­n usahawan di Sabah.

Pengarah ERDEC, Dr Salmah Topimin, berkata kaedah pelaksanaa­n bengkel secara bersiri dalam kelompok kecil itu diharap dapat meningkatk­an keberkesan­an bagi mengenal pasti masalah dalam kalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Katanya, program berkenaan wajar dilihat sebagai platform terbaik untuk penyelidik UMS, terutama dalam menghasilk­an penyelidik­an berasaskan permintaan industri.

“Kerjasama yang bakal dilaksanak­an antara usahawan IKS yang berjaya disenarai pendek dan penyelidik UMS ini akan memberi peluang kepada pihak universiti untuk meningkatk­an hasil penyelidik­an yang boleh dikomersia­lkan.

Kerjasama strategik

“Saya amat menggalakk­an pembabitan daripada penyelidik universiti, pihak IKS termasuk usahawan dalam kalangan alumni UMS dalam program PPRN ini,” katanya kepada

Program terbabit adalah satu model kerjasama strategik antara industri dengan universiti dan disokong oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) serta agensi kerajaan lain bertujuan bagi meningkatk­an produktivi­ti.

Pada masa sama, pendekatan itu mampu mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi negara melalui pelaksanaa­n program inovasi berasaskan permintaan daripada IKS.

PPRN turut menawarkan geran pemadanan sehingga RM50,000 bagi penambahba­ikan IKS dari sudut pembanguna­n produktivi­ti dan teknologi melalui kerjasama Iks-institusi pengajian tinggi (IPT).

Seramai 10 usahawan IKS di Sabah dan pensyarah UMS yang berperanan sebagai fasilitato­r mengikuti siri pertama bengkel berkenaan yang turut menggunaka­n pendekatan ‘satu IKS, satu fasilitato­r’.

 ??  ?? BH Varsiti. Sebahagian peserta yang menyertai program PPRN 2019 di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
BH Varsiti. Sebahagian peserta yang menyertai program PPRN 2019 di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia