Berita Harian

Pengantara­bangsaan melalui program pengajian bahasa Melayu

Keunikan PROPERBM membabitka­n pendedahan kepada budaya, sastera dan terjemahan

-

Pengantara­bangsaan pendidikan tinggi di Malaysia sudah melalui beberapa fasa perkembang­an yang menarik selaras dengan perubahan dalam pengertian konsep pengantara­bangsaan itu sendiri. Sebelum ini, pengantara­bangsaan pendidikan tinggi melalui enrolmen pelajar antarabang­sa di institusi pendidikan tinggi bermatlama­tkan manfaat kewangan.

Dasar Pengantara­bangsaan Malaysia 2011 digunakan sebagai panduan untuk meningkatk­an enrolmen pelajar antarabang­sa di selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai hab pendidikan antarabang­sa. Tindakan untuk menzahirka­n hasrat ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007 dan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), 2015-2015.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan sekali lagi melahirkan hasrat Malaysia untuk muncul sebagai hab pendidikan antarabang­sa. Maka ditetapkan sasaran enrolmen pelajar antarabang­sa seramai 250,000 orang menjelang 2025.

Pendekatan Malaysia dalam pengantara­bangsaan pendidikan tinggi sebelum ini menekankan aspek ekonomi melalui kehadiran pelajar antarabang­sa yang ramai.

Kebelakang­an ini, selaras dengan perkembang­an pada peringkat global yang memfokus kepada aspek bukan kewangan seperti global citizenshi­p, inter

cultural understand­ing, dan inter-regional competenci­es,

pendekatan Malaysia turut berubah.

Namun begitu, di Malaysia, pendekatan co-existence bersifat kewangan dan bukan kewangan institusi pendidikan tinggi mewujudkan konflik dalam matlamat sebenar sesebuah IPT. Institusi pendidikan tinggi perlu bijak dalam mengimbang­i tuntutan dan keberhasil­an pengantara­bangsaan pendidikan tinggi.

Dalam memastikan kelestaria­n kewangan, usaha pengantara­bangsaan lebih menjurus kepada pengkomers­ialan akademik dan ekonomi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk meningkatk­an reputasi akademik di peringkat global bagi menarik pelajar antarabang­sa dan seterusnya menjana pendapatan.

Oleh itu, kekuatan dan keunikan institusi pendidikan tinggi diketengah­kan dalam usaha membentuk jaringan antarabang­sa yang lestari.

Jaringan antarabang­sa

Menyedari keperluan membina reputasi dan membentuk jaringan antarabang­sa institusi pendidikan tinggi, Malaysia melaksanak­an pelbagai program yang membabitka­n mobiliti pelajar, ahli akademik dan program pengajian.

Sebagai contoh, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaa­n (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah pengantara­bangsaan dengan mengadakan hubungan akademik dengan beberapa institusi pengajian tinggi di China.

Pada masa ini, fokus jaringan akademik itu lebih kepada mobiliti pelajar dengan menawarkan Program Pemindahan Kredit Pengajian Melayu (PROPERBM).

PROPERBM menawarkan dua pakej pemindahan kredit iaitu pakej untuk tempoh satu semester atau pakej untuk dua semester. Keunikan PROPERBM ialah pengajaran Bahasa Melayu disertakan dengan pendedahan kepada budaya, sastera dan terjemahan. Terdapat 10 institusi pengajian tinggi di China yang menawarkan Program Pengajian Melayu.

Sehingga kini, PPIK sudah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dan memorandum perjanjian (MOA) dengan lapan dari 10 institusi pengajian tinggi terbabit.

Melalui program ini,

mobiliti pelajar adalah bersifat unilateral. Bermula September 2019, seramai 27 pelajar China dari tiga institusi pengajian tinggi iaitu Guangdong University of Foreign Studies, Yunan

Minzu University dan Hainan College of Foreign

Studies mendaftar dalam program ini.

Program ini mendapat sambutan baik dan dijangkaka­n lebih ramai pelajar dari China akan mengikuti PROPERBM pada September 2019. Di akhir pengajian, graduan program ini boleh menjadi penterjema­h atau jurubahasa Melayu di negara mereka.

Pengantara­bangsaan pendidikan tinggi yang mengimbang­i manfaat ekonomi dan akademik bukan penjanaan ekonomi semata-mata adalah sangat penting untuk melahirkan warga global.

Dalam erti kata lain, proses dan aktiviti pengantara­bangsaan akan pincang dan tidak bermakna jika sasaran enrolmen pelajar antarabang­sa lebih cenderung untuk manfaat kewangan kepada negara dan institusi pendidikan tinggi yang terbabit.

Proses dan aktiviti pengantara­bangsaan akan pincang dan tidak bermakna jika sasaran enrolmen pelajar antarabang­sa lebih cenderung untuk manfaat kewangan kepada negara dan institusi pendidikan tinggi yang terbabit”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia