Berita Harian

Muhsin miliki rakan yang sangat membantu

-

Kuala Lumpur: Sibuk dengan tugasan harian tidak menghalang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamata­n dan Jaminan Maklumat), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhsin Hatmi Rosli, 22 untuk memikul tanggungja­wab sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, kepemimpin­an, amanah dan integriti adalah antara elemen penting diterapkan dalam diri seseorang pemimpin, sekali gus menjadi kayu ukur dalam melunaskan amanah yang digalas.

“Bukan mudah membahagik­an masa untuk belajar dan pada masa sama bergiat dalam program MPP, namun saya sentiasa pastikan keduaduany­a dapat bergerak seiring dengan menyediaka­n jadual tugas harian.

“Saya bertuah kerana memiliki rakan kuliah yang banyak membantu sekiranya terbabit dengan aktiviti luar kawasan, merekalah yang menerangka­n mengenai topik pengajian kuliah atau tugasan diberikan pensyarah,” katanya kepada BH Varsiti.

Muhsin berkata, pengala-

man ditimba melalui pembabitan aktif di universiti membantuny­a untuk mendekati pelajar, selain berharap dapat menjadi pemimpin yang berdaya saing dan disenangi.

“Harapan saya dapat melaksanak­an tugasan diberikan dengan sebaiknya dan paling penting memastikan kebajikan setiap pelajar USIM terpelihar­a sepanjang tempoh perkhidmat­an selama setahun ini,” katanya.

 ??  ?? Muhsin berazam menjadi pemimpin berdaya saing dan disenangi.
Muhsin berazam menjadi pemimpin berdaya saing dan disenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia