Berita Harian

Jaguh pidato IPTS

Selain minat bidang perkhidmat­an makanan, Haffiz berhasrat jadi usahawan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Mahasiswa Management and Science University (MSU) College Terengganu, Mohammad Shohaimil Haffiz Salleh Endut, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Pidato Nusantara peringkat kebangsaan 2019 bagi kategori institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terbuka, barubaru ini.

Penganjura­n acara berkenaan adalah kerjasama Kementeria­n Pendidikan (KPM), Majlis Belia Malaysia (MBM), Jabatan Warisan Negara serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Lebih manis, anak muda kelahiran Marang itu pernah mewakili IPTS dan mengharumk­an nama negara dengan memenangi tempat pertama pada pertanding­an Pidato Peringkat ASEAN kategori Melayu Nusantara yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 2014.

Bergiat aktif dalam aktiviti pidato sejak dari bangku sekolah, anak bongsu daripada tiga beradik itu kini sedang mengikuti pengajian program Ijazah Sarjana Muda Per- khidmatan Teknologi Makanan di universiti berkenaan.

Haffiz berkata, bakatnya berpidato mula terserlah apabila beliau menceburka­n diri dalam beberapa pertanding­an pidato ketika sekolah rendah dan menengah antaranya pernah menjadi johan pidato Piala Perdana Menteri serta johan Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat peringkat Terengganu pada 2015.

Jadi usahawan

Beliau berkata, pembelajar­an menyeluruh yang diterapkan oleh MSU College Terengganu menjadi sumber inspirasi dan memotivasi­kan diri untuk menjadi mahasiswa yang menyeluruh, serba boleh serta berketeram­pilan.

“Selain meminati bidang perkhidmat­an makanan dan kulinari, saya juga menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ahli perniagaan dengan nilai keusahawan­an yang diterapkan sepanjang pengajian di kolej ini memberi ruang untuk mengembang­kan bakat serta menjadikan diri lebih kompetitif untuk bersaing pada peringkat global.

Pengalaman diperoleh ini dapat meningkatk­an keyakinan untuk berurusan dan berkomunik­asi dengan orang ramai daripada pelbagai latar belakang kerjaya seterusnya membuka langkah untuk bergiat aktif dalam pertanding­an perbahasan serta pidato,” katanya.

Sambil mengakui, pembahagia­n masa adalah antara cabaran yang perlu ditempuhin­ya apatah lagi perlu fokus terhadap pengajian dan komitmen terhadap pertanding­an disertai.

“Saya bertuah kerana pensyarah dan rakan sentiasa memberikan sokongan untuk saya terus menyumbang serta mengharumk­an nama kolej, negara hingga ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Haffiz merakamkan kejayaan bersama-sama ibunya, Datin Normawati Mat Khalid (dua dari kanan) pada pertanding­an Pidato Transforma­si Terengganu Baharu, tahun lalu.
Haffiz merakamkan kejayaan bersama-sama ibunya, Datin Normawati Mat Khalid (dua dari kanan) pada pertanding­an Pidato Transforma­si Terengganu Baharu, tahun lalu.
 ??  ?? Pidato ialah antara platform berkesan untuk menggalakk­an keyakinan mahasiswa pada tahap terbaik.
Pidato ialah antara platform berkesan untuk menggalakk­an keyakinan mahasiswa pada tahap terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia