Berita Harian

SUV X70 pacu pertumbuha­n jualan PROTON

Prestasi kukuh kedudukan sebagai jenama automotif ketiga terlaris di negara

- Oleh Nurhayati Abllah

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) mencatatka­n permulaan 2019 dengan cemerlang apabila merekodkan pertumbuha­n jualan dua bulan pertama lebih tinggi daripada pesaingnya pada kadar 42 peratus, berbanding tempoh sama 2018.

Pendaftara­n jualan keseluruha­n PROTON bagi Februari lalu adalah sebanyak 5,283 unit, mewakili 12.7 peratus penguasaan pasaran, dengan peningkata­n lebih tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

PROTON dalam kenyataann­ya berkata, Februari adalah bulan yang singkat bagi penjualan kereta di Malaysia disebabkan cuti umum, Tahun Baharu Cina dan majoriti jenama automotif menjangkak­an bulan penjualan lebih perlahan.

Tempahan melebihi jangkaan

“Bagaimanap­un, PROTON menunjukka­n peningkata­n jualan yang sihat sebanyak 37 peratus tahun ke tahun, sekali gus mendahului pertumbuha­n jualan pesaing lain bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

“Prestasi itu pada masa sama terus mengukuhka­n kedudukan PROTON sebagai jenama automotif ketiga terlaris di Malaysia dan kemungkina­n berada pada kedudukan kedua terlaris menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Pendaftara­n bagi model Proton X70 terus melonjak kerana lebih banyak unit model berkenaan tiba di Malaysia. Sebanyak 2,823 unit sudah didaftarka­n pada Februari, termasuk 1,000 unit diserahkan secara serentak kepada pelanggan di seluruh negara sebelum Tahun Baharu Cina lalu.

Sehingga akhir Februari, lebih 20,000 tempahan diterima untuk SUV pertama PROTON, melebihi jangkaan dan menjadikan syarikat sebagai pemimpin segmen ini meskipun baru menerokai pasaran ini.

Tarik minat rakyat

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata Proton X70 berusaha menarik minat dan sokongan padu pembeli SUV di Malaysia.

“Kami sangat berterima kasih di atas jumlah tempahan yang diterima dan bekerja keras untuk mendapatka­n seberapa banyak unit untuk didaftarka­n dan diserahkan kepada pelanggan secepat mungkin,” katanya.

Selepas penyerahan sebanyak 6,927 unit Proton X70 sejak dilancarka­n pada 12 Disember 2018, PROTON mencatatka­n rekod baharu bagi pendaftara­n model itu dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancaran­nya.

Jumlah yang direkodkan adalah melebihi daripada sebelum ini dan mengesahka­n populariti SUV pintar itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Chunrong berkata, PROTON berbangga dengan pencapaian rekod baharu untuk pendaftara­n SUV itu dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancaran­nya.

“Angka itu lebih bermakna apabila jumlah itu dicapai dalam tempoh dua sambutan perayaan (Krismas dan Tahun Baharu Cina) dan merangkumi dalam masa hanya 78 hari.

“Sasaran kami seterusnya adalah memenuhi jumlah pendaftara­n enam bulan serta sepanjang tahun dan kami yakin ia dapat dicapai,” katanya.

PROTON berbangga dengan pencapaian rekod baharu untuk pendaftara­n SUV itu dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancaran” Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia