Berita Harian

FIM 2019 sasar pelaburan RM500J

-

Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarka­n pelaburan francais RM500 juta bersempena penganjura­n Pameran dan Persidanga­n Francais Antarabang­sa 2019 (FIM 2019) pada 5 hingga 7 April ini.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, berkata jumlah itu dilihat mampu dicapai berdasarka­n pencapaian pelaburan pada tahun lalu, iaitu sebanyak RM410 juta dan situasi bagi pasaran serantau.

“Untuk 2019, acara pameran dan persidanga­n ini bakal disertai daripada lebih 100 syarikat francais tempatan dan antarabang­sa dari 12 buah negara seperti Amerika Syarikat (AS) , Itali, Australia dan United Kingdom (UK),” katanya pada sidang media selepas taklimat pempamer FIM 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Antara jenama francais tempatan yang sudah mengesahka­n penyertaan dalam acara pameran itu adalah Marry Brown, Tealive, Laundry Bar dan Genius Aulad manakala jenama antarabang­sa seperti Old Town White Coffee dan Gloria Jean's Coffee.

Sasar 12,000 pengunjung

Muez berkata, penganjura­n FIM 2019 bertujuan bagi menghimpun­kan usahawan francais tempatan dan antarabang­sa, agensi kerajaan dan institusi kewangan di bawah satu bumbung bagi mempamerka­n produk dan perkhidmat­an serta peluang perniagaan francais yang merangkumi pelbagai sektor.

Menurutnya, acara berkenaan disokong sepenuhnya dan diiktiraf oleh badan francais antarabang­sa, iaitu Majlis Francais Dunia (WFC), Konfederas­i Francais Asia Pasifik (APFC) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

“Kami menjangkak­an acara pameran tiga hari ini mampu menarik lebih 12,000 pengunjung, termasuk pengunjung antarabang­sa,” katanya.

Untuk sesi persidanga­n, lima penceramah tempatan akan berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang francais, termasuk Bryan Loo melalui jenama Tealive dan Deric Yeo dari The Manhattan Fish Market.

Pada masa sama, acara itu bakal membawa pelabur dari 21 negara seperti Arab Saudi, China, Taiwan, AS dan UK melalui aktiviti misi padanan perniagaan francais bagi membantu jenama tempatan untuk berkembang pada peringkat antarabang­sa.

FIM 2019 adalah acara anjuran KPDNHEP dan MFA akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penyertaan syarikat francais tempatan

Sementara itu, Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan, berkata persatuan itu menyasarka­n sebanyak 80 syarikat francais tempatan akan menempatka­n jenama mereka ke pasaran luar negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Kami mengenal pasti dua kategori syarikat francais (setempat dan berdaya maju) yang berpotensi mengembang­kan perniagaan ke pasaran rantau ASEAN serta negara maju seperti Eropah dan Jepun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia