Berita Harian

Tealive sasar tembusi Jepun hujung tahun

-

Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding), pengeluar jenama minuman teh gaya hidup, Tealive tidak menolak kemungkina­n untuk menembusi pasaran Jepun pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Bryan Loo, berkata syarikat sentiasa meninjau pasaran berpotensi untuk diteroka bagi memperluas kehadiran Tealive pada peringkat global.

Beliau berkata, ketika ini Loob Holding dalam peringkat perbincang­an bersama beberapa pihak sebelum keputusan untuk membuka cawangan Tealive itu dimuktamad­kan sepenuhnya.

“Kami mahu menjadikan Tealive sebagai jenama global dan untuk itu syarikat akan lebih berhati-hati memilih rakan kongsi bagi melaksanak­an perniagaan ini.

“Buat masa ini, syarikat ada berjumpa dan berbincang dengan beberapa syarikat tempatan dan kami berharap ia dapat dimuktamad­kan pada suku terakhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis kerjasama Tealive dan Giftee Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Kerjasama itu akan menyaksika­n Giftee menawarkan perkhidmat­an hadiah elektronik (e-hadiah) di lebih 200 cawangan Tealive di seluruh negara.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Giftee Inc, Mutsumi Ota.

Tawar khidmat e-hadiah

Pada majlis itu, Ota berkata, sebagai penyedia perkhidmat­an e-hadiah yang berpangkal­an di Tokyo, pihaknya melihat potensi perkhidmat­an itu di Malaysia.

Menurutnya, bagi operasi di negara ini, Giftee merancang untuk menjalin kerjasama dengan 10 jenama makanan dan minuman (F&B) dengan sasaran jualan kasar sebanyak RM5 juta bagi transaksi e-hadiah.

“Giftee juga terbuka untuk berkolabor­asi dengan peruncit serta jenama lain seperti kedai serbaneka, gedung sukan dan juga pengendali pawagam tempatan.

“Kami ketika ini dalam fasa perbincang­an dengan tiga jenama F&B bagi kerjasama untuk perkhidmat­an e-hadiah ini, yang mana dua jenama sudah mempertimb­ang untuk memulakan perkhidmat­an ini,” katanya.

 ?? [ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA / BH ] ?? Ota menggunaka­n perkhidmat­an e-hadiah sambil diperhatik­an Loo selepas majlis kerjasama Tealive dan
Giftee Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA / BH ] Ota menggunaka­n perkhidmat­an e-hadiah sambil diperhatik­an Loo selepas majlis kerjasama Tealive dan Giftee Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia