Berita Harian

Lingkungan pasaran positif

FBM KLCI meningkat 1.2 mata ditutup pada 1,686.82

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring dengan bursa serantau didahului kenaikan di Bursa Saham Shanghai.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berakhir pada 1,686.82, naik 1.2 mata daripada 1,685.62 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.64 mata lebih rendah kepada 1,684.98 dan bergerak antara 1,684.08 dan 1,688.33 sepanjang da

Di papan skor, lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 532 berbanding 328, manakala 397 kaunter tidak berubah, 612 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat ke

3.16 bilion unit bernilai RM2.5 bilion daripada 2.58 bilion unit bernilai RM2.11 bilion semalam.

“Pada peringkat rantau, pasaran ekuiti meningkat sedikit selepas Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) memulakan mesyuarat 10 hari pada 5 Mac di Beijing.

“Pelabur akan mengikuti lebih dekat mesyuarat itu yang dijangka membincang­kan pertumbuha­n lembap dan ketegangan geopolitik yang dihadapi China,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pasaran pesat membangun mempunyai kesamaan dengan menunjukka­n peningkata­n semula yang kukuh daripada penurunan berterusan dan berperingk­at pada Disember, apabila mencatatka­n kenaikan hampir sembilan peratus.

“Bagaimanap­un, kita yakin peningkata­n semula itu, yang setakat ini belum menarik minat pelabur global kerana dana diuruskan secara aktif dan pasif mempamerka­n aliran keluar semakin meningkat selain penjualan ketara sejak enam bulan lalu, menunjukka­n pendekatan berhati-hati terhadap ekuiti kerana momentum ekonomi kekal negatif,” katanya.

Pada peringkat tempatan, Bank Negara Malaysia semalam mengumumka­n bahawa ia mengekalka­n kadar dasar semalaman tidak berubah pada 3.25 peratus, sekali gus konsisten dengan jangkaan pakar ekonomi.

Diniagakan berhati-hati

Nazri Khan berkata, bank pusat turut menurunkan jangkaan inflasi pada 2019 kepada ‘stabil’ daripada ‘agak tinggi’.

“Keseluruha­nnya, FBM KLCI wajar diniagakan secara berhatihat­i antara paras sokongan 1,680 dan paras rintangan 1,700,” katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.54, Petronas Chemicals me nokok 11 sen kepada RM9.30, Public Bank turun lapan sen kepada RM24.52 dan CIMB kurang tujuh sen kepada RM5.52.

Antara saham aktif, My EG meningkat 18 sen kepada RM1.19, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 32 sen, Velesto naik satu sen kepada 27 sen manakala VS Industry turun lima sen kepada RM1.03.

Indeks FBM Emas meningkat 41.55 mata kepada 11,771.36, Indeks FBMT 100 naik 35.91 mata kepada 11,625.11 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 90.42 mata kepada 11,763.27.

FBM 70 melonjak 157.82 mata kepada 14,150.14 manakala Indeks FBM Ace naik 31.98 mata kepada 4,720.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan kurang 73.45 mata kepada 17,557.36, Indeks Perladanga­n menokok 44.02 mata kepada 7,317.01 dan Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Industri bertambah 1.65 mata kepada 169.61.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.41 bilion saham bernilai RM2.38 bilion daripada 1.76 bilion saham bernilai RM1.93 bilion.

Jumlah dagangan waran susut kepada 496.72 juta unit bernilai RM98.78 juta daripada 516.76 juta unit bernilai RM116.06 juta.

Pasaran ACE merekodkan jumlah dagangan sebanyak 250.20 juta saham bernilai RM51.75 juta berbanding 302.50 juta saham bernilai RM67.80 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 256.75 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (394.99 juta), pembinaan (230.52 juta), teknologi (456.99 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (66.61 juta), hartanah (145.69 juta), perladanga­n (41.08 juta), REIT (4.29 juta), dana tertutup (2,100), tenaga (703.04 juta), penjagaan kesihatan (38.88 juta), telekomuni­kasi dan media (21.56 juta), pengangkut­an dan logistik (33.75 juta) dan utiliti (19.93 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia