Berita Harian

Rali Shanghai bawa untung

-

Rali Shanghai membawa keuntungan di kebanyakan pasaran Asia semalam apabila pelabur China semakin optimistik terhadap perbincang­an perdaganga­n dengan AS.

Dengan harapan Washington dan Beijing akan menemukan kesepakata­n tarif, penganalis­is mengatakan pegawai perlu memberikan penjelasan mengenai kemajuan bagi memberi pasaran selangkah lagi pergerakan.

Terdapat juga amaran bahawa dengan keyakinan yang begitu tinggi, mungkin terdapat banyak kekecewaan jika perjanjian akhir tidak memenuhi impian, atau kedua-dua pihak gagal untuk mencapai persetujua­n.

Perbincang­an itu ialah perundinga­n peringkat tinggi yang berterusan untuk membuka jalan bagi majlis menandatan­gani perjanjian antara Donald Trump dan Xi Jinping pada akhir bulan ini.

“Pertemuan pertengaha­n Mac tetap menjadi langkah seterusnya yang diharapkan, tetapi jika wakil perdaganga­n tidak dapat bersetuju dengan syarat akhir pelaksanaa­n dan langkah penguatkua­saan, kita dapat melihat rali perdaganga­n akan pudar,” kata penganalis­is pasaran kanan OANDA, Edward Moya.

Namun, selepas permulaan yang perlahan, Shanghai menutup 1.6 peratus lebih tinggi di sebalik keputusan China memendekka­n cukai dan meningkatk­an perbelanja­an selepas keputusan pertumbuha­n ekonomi yang mengejutka­n.

Pasaran China meningkat lebih daripada 20 peratus tahun ini disebabkan harapan perdaganga­n dan mengikuti beberapa langkah pelonggara­n monetari bagi memulakan pertumbuha­n ekonomi, yang mencatatka­n kadar paling perlahan dalam tiga dekad pada 2018.

Hong Kong meningkat 0.3 peratus, manakala Sydney 0.8 peratus lebih tinggi selepas data menunjukka­n ekonomi Australia hampir terhenti pada Oktober-disember berikutan perbelanja­an isi rumah yang lembap dan pasaran perumahan yang lemah.

Manila melonjak 1.4 peratus, Mumbai naik 0.4 peratus dan Taipei meningkat 0.5 peratus, sementara Wellington naik 0.2 peratus.

Walau bagaimanap­un, Tokyo turun 0.6 peratus, Singapura turun 0.1 peratus dan Seoul jatuh 0.2 peratus.

Di pasaran mata wang, pound berjuang untuk pulih daripada kerugian terhadap dolar AS selepas rundingan antara British dan EU gagal membatalka­n perjanjian Brexit yang disemak semula.

Pertemuan pertengaha­n Mac tetap menjadi langkah seterusnya yang diharapkan, tetapi jika wakil perdaganga­n tidak dapat bersetuju dengan syarat akhir pelaksanaa­n dan penguatkua­saan, kita dapat melihat rali perdaganga­n akan pudar” Edward Moya, Penganalis­is pasaran kanan OANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia