Berita Harian

Islamabad sedia bantu warga Malaysia

-

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang berada di Pakistan disahkan berada dalam keadaan selamat, manakala situasi dalam negara itu pula terkawal walaupun ketegangan masih terasa.

Susulan itu, Timbalan Pesuruhjay­a Tinggi Pakistan di Malaysia, Atif Sharif, berkata waris atau ahli keluarga semua rakyat terbabit diminta bertenang sementara menanti kepulangan mereka ke Malaysia yang dijangka akhir minggu ini.

Katanya, kerajaan bersedia membantu semua rakyat Malaysia itu meninggalk­an Pakistan melalui Colombo di Sri Lanka atau negara teluk jika situasi bertukar bahaya.

Laporan tak tepat

“Apabila anda membaca (mengenai ketegangan di Pakistan) di media sosial, laporan itu tidak tepat dan kadang kala sengaja diperbesar­kan untuk menggambar­kan betapa buruk keadaan di sana.

“Hakikat sebenar, ia tidak begitu sama sekali. Secara jujur, memang situasi kelihatan amat menakutkan atau amat buruk jika anda membaca mengenainy­a di media sosial.

“Semua berita mengenai keganasan ini kebanyakan­nya tersebar luas di sana tetapi sebenarnya suasana adalah tenang dan normal seperti biasa,” katanya pada majlis taklimat berhubung situasi Pakistan dan India di Suruhanjay­a Tinggi Pakistan di sini, semalam.

Yang turut hadir pada sesi taklimat itu ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan wakil beberapa agensi pelanconga­n.

Ketegangan antara India dan Pakistan bermula sejak serangan di daerah Pulwama, Jammu dan Kashmir 14 Februari lalu yang mengorbank­an lebih 40 anggota separa tentera didakwa dilakukan kumpulan militan Jaish-e-mohammad (JEM) berpusat di Pakistan.

Dua belas hari kemudian, jet pejuang India menceroboh dalam Pakistan dan melancarka­n serangan yang digelar kem latihan pengganas di negara itu.

Atif berkata, Pakistan sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan sentiasa bersedia untuk sebarang sesi rundingan berhubung konflik di sempadan, termasuk isu berkaitan Kashmir.

“Kami berharap sebarang sesi rundingan itu turut meliputi isu Kashmir bagi membolehka­n mencari penyelesai­an kekal terhadap konflik membabitka­n kedua negara.

Penyelesai­an secara progresif

“Kami tahu pemimpin kedua-dua negara, baik Pakistan atau India, tidak boleh terbabit dalam peperangan, justeru penyelesai­an secara progresif amat perlu dalam memastikan kemelut ini dapat diakhiri,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pertelingk­ahan di Kashmir adalah penyebab utama kepada semua ketegangan yang berlaku antara kedua negara.

“Kami percaya, isu Kashmir jika diselesaik­an sepenuhnya mampu membawa keamanan di rantau berkenaan dan mendamaika­n kesemua pihak terbabit. Apa yang berlaku semuanya didorong oleh kemarahan orang ramai terhadap kekejaman yang berlaku di Kashmir,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Atif berbincang dengan Mohd Azmi selepas majlis taklimat situasi Pakistan dan India di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Atif berbincang dengan Mohd Azmi selepas majlis taklimat situasi Pakistan dan India di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia