Berita Harian

Wartawan BH menang 5 Anugerah Media Johor

-

Johor Bahru: Dua wartawan BH memenangi lima anugerah pada Majlis Anugerah Media Johor, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor di sini, malam kelmarin.

Muhammad Badrul Kamal Zakaria memenangi Anugerah Rencana Terbaik dan Anugerah Berita Pelanconga­n Kebudayaan Terbaik Bahasa Melayu, masing-masing melalui laporan bertajuk Kanakkanak Diarak Bak Sang Pendekar dan Jejak Kesan Sejarah.

Beliau turut memenangi Anugerah Rencana Terbaik dan Anugerah Berita Pembanguna­n Bahasa Inggeris Terbaik yang diterbitka­n dalam akhbar The New Straits Times.

Kemenangan itu masing-masing diperoleh melalui laporan bersiri bertajuk Plastic Danger in Eating Fish, Plastic Thrown into Oceans Causing Death of Aquatic Mammals dan Danger Posed by

Microbeads selain Slave to Japanese: Nonagenari­an Tells Malaysian to Cherish Freedom, Peace and Harmony.

Sementara itu, Mohd Rizar Mohd Noor memenangi Anugerah Berita Sukan Terbaik dengan laporan bertajuk Kontinjen Johor Usah Terjebak Doping.

Bawang pulang wang tunai, trofi

Kemenangan itu membolehka­n Muhammad Badrul membawa pulang hadiah wang tunai keseluruha­n RM8,000, manakala Mohd Rizar meraih RM2,000 selain trofi dan sijil.

Pada majlis sama, wartawan The Star, Zazali Musa, memenangi Anugerah Khas Menteri Besar dan membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil serta trofi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Keusahawan­an, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Anugerah iktiraf sumbangan media

Osman berkata, anugerah itu adalah inisiatif pihaknya mengiktira­f dan menghargai peranan serta sumbangan pengamal media cetak dan elektronik, dalam membantu menyebarka­n maklumat penting dan pembanguna­n kepada rakyat.

Anugerah Media Johor kali ini mempertand­ingkan 34 kategori membabitka­n media cetak dan media elektronik, termasuk fotografi minat insani, penyiar radio, wartawan dan jurukamera televisyen serta liputan berita TV terbaik.

Sebanyak 232 penyertaan diterima berbanding 404 pada tahun sebelum ini.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Osman bersama Muhammad Badrul Kamal (kiri) dan Mohd Rizar (kanan) pada Majlis Anugerah Media Johor di Johor Bahru, kelmarin.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Osman bersama Muhammad Badrul Kamal (kiri) dan Mohd Rizar (kanan) pada Majlis Anugerah Media Johor di Johor Bahru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia