Berita Harian

Prasarana Putrajaya Sentral terabai

Banyak kemudahan rosak tak dibaiki, tandas kotor

- Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya Sentral yang menjadi hab pengangkut­an awam dan pintu masuk utama ke pusat pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di sini, dilihat daif selepas infrastruk­turnya semakin terabai.

Sesetengah kemudahan moden di terminal yang beroperasi hampir 17 tahun lalu seperti kamera litar tertutup (CCTV), lif, eskalator, kawalan keselamata­n, tempat letak kenderaan, ruang menunggu, surau, medan selera, kios dan tandas, kini tidak lagi berfungsi dengan baik, sekali gus menyusahka­n orang ramai.

Lif dan eskalator tidak berfungsi hampir setahun selepas gagal diselengga­ra, menyukarka­n pengunjung terutama warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita mengandung yang mahu menggunaka­n khidmat Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang beroperasi di tingkat atas terminal itu.

Pesara kerajaan, Perumal P Ramasamy, 60, berkata beliau tidak faham kenapa keadaan itu berlaku, sedangkan Putrajaya Sentral menjadi pintu masuk utama kepada pelancong asing menggunaka­n perkhidmat­an ERL dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Putrajaya.

Masalah kewangan

Beliau kesal tiada inisiatif daripada pihak pengurusan untuk membaiki kerosakan, malah secara peribadi pernah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan, namun mendapat jawapan yang sama, iaitu tiada sumber kewangan bagi melakukann­ya.

“Sebagai pengguna bas, saya kesal kerana jadual disediakan tidak menepati masa dan menimbulka­n masalah kepada pengguna, terutama kakitangan kerajaan yang kadangkala lewat ke pejabat,” katanya.

Pekerja swasta, Jamil Jusuf, 37, yang bertugas di situ sejak 2011 berkata, tandas di terminal itu juga sering kotor sejak kebelakang­an ini, membuatkan­nya lali kerana mahu atau tidak terpaksa menggunaka­nnya, manakala manakala lif dan eskalator yang rosak sejak beberapa tahun gagal dibaik pulih.

“Pernah suatu masa saya melihat orang ramai terpaksa mengangkat OKU berkerusi roda menggunaka­n tangga, ini tidak sepatutnya berlaku kerana Putrajaya berkonsep bandar selamat yang mengutamak­an keselesaan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata pihaknya menerima aduan orang ramai berkenaan perkara itu dan mengambil sikap positif serta prihatin dengan masalah dihadapi.

Beliau berkata, terminal itu diswastaka­n kepada GETS Global melalui syarikat milik penuh Konsortium Bas Ekspres Semenanjun­g (M) Sdn Bhd (KBESM), pada Disember 2018 bagi pengambila­lihan saham syarikat Pengangkut­an Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT).

Perkhidmat­an bas

Katanya, kini terdapat antara 30 hingga 40 buah bas, termasuk tiga bas elektrik yang menyediaka­n perkhidmat­an ke kawasan pejabat dan perumahan, kebanyakan­nya berusia lebih 10 tahun serta memerlukan kos tinggi setiap kali menghadapi kerosakan, mengakibat­kan perubahan perjalanan jadual.

“Keadaan tandas kotor disebabkan jumlah pengguna yang terlalu ramai, termasuk diguna ramai pekerja kontrak projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Bulohserda­ng-putrajaya (SSP) berhampira­n, ia bertambah buruk bila terputus bekalan air,” katanya.

 ??  ?? Aminuddin Hassim
Aminuddin Hassim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia