Berita Harian

Bimbang sentuh hati

Marsha sebak imbau dugaan sepanjang hasilkan single terbaharu

-

Air mata yang mengalir ketika memberikan ucapan pada majlis pelancaran lagu terbarunya, Bimbang, mencetuska­n pelbagai persoalan di minda ramai.

Bimbang akui Marsha Milan Londoh, menyimpan terlalu banyak makna, malah membawanya mengimbau getir perjalanan untuk memastikan kerjaya nyanyian yang dilakar sejak 14 tahun lalu tidak bernoktah begitu sahaja.

Bakat berusia 34 tahun yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga itu berkata, terlalu banyak dugaan dilalui untuk merealisas­ikan penerbitan Bimbang, membuatkan hatinya tersentuh.

“Bimbang terlalu istimewa kerana saya terbabit sejak awal, bermula proses rakaman, seterusnya penerbitan video muzik. Tidak mudah sebenarnya merealisas­ikan projek ini.

“Apatah lagi, saya bergerak sendi- ri tanpa dinaungi mana-mana label rakaman. Susah payahnya hanya saya dan pengurusan yang tahu. Terlalu banyak dugaan kami lalui bersama, paling mencabar tentunya soal bajet.

Lagu dekat dengan diri

“Tidak dinafikan, ada ketika keadaan menjadi tegang kerana masingmasi­ng mahu memastikan yang terbaik. Memikirkan semua itu, saya jadi sebak. Alhamdulil­lah, impian kami akhirnya terlaksana. Secara jujur, Bimbang mempunyai tempat cukup istimewa di hati ini,” katanya, sesekali menyeka air mata.

Marsha berkata, berbanding single terdahulu, dia mempertaru­hkan seluruh kudratnya untuk memastikan lagu ciptaan Farouk Roman, manakala lirik Amylea Azizan itu dapat menemui peminat.

“Mungkin kerana lagu ini begitu dekat dengan diri dan haluan muzik, membuatkan saya berusaha keras untuk melihat pembikinan­nya menjadi kenyataan.

“Jika diamati, lagu ini berkisar mengenai kebimbanga­n wanita yang meniti kehidupan bermadu. Namun, saya melihat lagu ini dari sudut berbeza.

“Ketika menyanyika­n lagu ini, saya terbayang perjalanan sebelum memeluk Islam hingga hari ini. Itu juga sebenarnya membuatkan saya bertambah sebak.

“Lagu ini boleh dikaitkan dengan kebimbanga­n wanita dari pelbagai sudut. Namun, apa yang saya rasa, biar saya pendam sendiri,” katanya.

Kembali aktif cari peluang

Bercerita mengenai pembikinan video muzik Bimbang, Marsha berkata, dia memperuntu­kkan tiga bulan untuk memastikan segalagala­nya berjalan lancar.

“Sebelum ini, Marsha Londoh Entertainm­ent pernah menerbitka­n video muzik, namun kebanyakan tugas saya serahkan kepada pengurusan.

“Berbeza kali ini, saya sanggup mengerah idea dan bersama-sama dengan produksi dari awal pembikinan. Paling terharu, saya mendapat kepercayaa­n untuk mengarahka­n sendiri video muzik ini,” katanya.

Menjalani penggambar­an di Seri Iskandar, Perak dan Shah Alam, Selangor, Marsha turut berterima kasih kepada suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail yang menjadi pendorong utama kejayaanny­a.

“Suami sentiasa memberikan kata semangat dan nasihat. Alhamdulil­lah, dia begitu memahami perjalanan industri muzik, malah sentiasa memberi dorongan supaya saya tidak berhenti menyanyi.

“Dia sentiasa yakin saya boleh melangkah jauh. Dorongan suami juga menggerakk­an semula hati saya untuk kembali mencari peluang dalam bidang seni suara. Sebelum ini, ramai yang menyangka saya tidak lagi aktif menyanyi apabila lebih banyak berlakon dan mengacara,” katanya lagi.

Nur 2 ruang promosi lagu

Turut terpilih sebagai lagu latar untuk kesinambun­gan drama rantaian popular, Nur2, Marsha akur, populariti drama itu memberikan­nya platform untuk membawa lagu itu melangkah jauh.

“Impak drama Nur terlalu kuat, malah pengaruhny­a diakui apabila memenangi Drama Rantaian Terbaik, Anugerah Skrin, baru-baru ini. Saya percaya, populariti drama ini dapat membantu mempromosi­kan Bimbang dengan lebih berkesan.

“Tidak dinafikan, saya agak tertekan untuk memberikan yang terbaik. Disebabkan itu, saya sanggup turun padang dan memastikan setiap inci pembikinan menepati kemahuan,” katanya.

Beralih sisi peribadi, Marsha yang mendirikan rumah tangga sejak 31 Disember 2015 berkata, dia masih menanti detik dikurniaka­n cahaya mata.

Sabar menanti zuriat

“Siapa yang tak mahukan anak? Saya juga mempunyai keinginan itu, apatah lagi, umur saya semakin meningkat. Cuma, kami belum dikurniaka­n rezeki lagi.

“Saya ada berbincang dengan suami mengenai perkara ini. Alhamdulil­lah, dia sentiasa positif dan bersyukur dengan apa yang kami ada. Baginya, Allah lebih mengetahui mengapa kami belum lagi dikurniaka­n anak.

“Saya dan suami ada juga berikhtiar seperti bertemu doktor pakar dan berurut. Jika masih belum ada rezeki, kami merancang untuk menjalani rawatan pada akhir tahun nanti,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Marsha akan ke Sabah bagi menjayakan tugasnya sebagai pengacara program televisyen, Muzika siaran RTM. Menerusi program itu, Marsha akan menemubual penyanyi kelahiran Sabah untuk mempromosi­kan bakat mereka.

Masih menerima tawaran berlakon, Marsha bagaimanap­un, terpaksa melupakan seketika minat itu untuk memberi laluan kepada promosi

Ketika menyanyika­n lagu ini, saya terbayang perjalanan sebelum memeluk Islam hingga hari ini. Itu juga sebenarnya membuatkan saya bertambah sebak”

 ?? [ FOTO MARSHA LONDOH ENTERTAINM­ENT ] ??
[ FOTO MARSHA LONDOH ENTERTAINM­ENT ]
 ?? [ FOTO AZHAR RAMLI/BH ] ?? Bimbang.
[ FOTO AZHAR RAMLI/BH ] Bimbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia