Berita Harian

Gimik filem Tiada Tajuk

Mawi pertaruh karya papar impian tiga sekawan ilham kisah hidup sendiri

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon yang sudah bergelar sutradara, Mawi didakwa sengaja mencipta gimik apabila merahsiaka­n judul filem pertama arahannya.

Ini menyebabka­n peminat ternanti-nanti apa judul filem berkenaan dan kisah yang mahu dipaparkan.

Akhirnya, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 38, menamatkan teka-teki apabila mengesahka­n memang benar, filem arahan pertamanya itu diberi judul Tiada Tajuk.

Mawi menjelaska­n, judul bagi filem sulung terbitan Mawi World Entertainm­ent yang bergenre Islamik komedi itu sudah dirancang sejak awal lagi.

“Pada peringkat pra produksi, saya meletakkan sebagai judul bagi memenuhi syarat pendaftara­n dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Judul itu diberi berikutan filem ini adalah sorotan daripada telefilem Rock Sangkut yang pernah disiarkan, kira-kira empat tahun lalu.

“Namun, hakikatnya, saya dan isteri, Ekin, sudah merancang sejak dua tahun lalu untuk menghasilk­an sesuatu yang berbeza.

“Kami mahu menerbitka­n filem yang tidak bertajuk... Alhamdulil­lah, sekarang impian itu menjadi realiti,” katanya kepada HIP.

Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran filem Tiada

Tajuk di pekarangan Kompleks Sogo di ibu negara, baru-baru ini tidak menafikan judul diberi sebagai strategi menarik penonton ke pawagam.

“Saya fikir orang lain tak pernah beri tajuk filem seperti ini. Jujurnya, ini bukan gimik, pemilihan tajuk ini terjadi secara langsung daripada pertanyaan orang ramai.

“Saya benar-benar menyatakan filem ini tidak bertajuk apabila orang bertanya. Inilah jawapan bagi persoalan pada orang ramai.

“Alhamdulil­lah, persoalan mengenai tajuk filem ini mendapat sambutan. Ini mungkin boleh membantu saya ‘menjual’ filem ini,” katanya lagi.

Debar tunggu reaksi

Mawi mengaku gementar menantikan maklum balas orang ramai terhadap filem berkenaan.

“Memang ini cabaran bagi saya sebagai pengarah untuk menarik orang ramai menonton filem berdurasi sejam setengah ini.

“Tapi sebagai penerbit pula, saya rasa cabaran untuk mendapat pulangan sekurangku­rangnya berbaloi dengan modal.

“Jujurnya, sebagai pengarah dan penerbit, bukanlah senang untuk buat filem. Saya tidak mahu gunakan alasan saya masih baharu. Kalau mahu buat sesuatu, buatlah betul-betul dan pastikan ia usaha terbaik,” katanya.

Sebagai pengarah, penerbit dan pelakon bagi Tiada Tajuk,

Mawi berharap barisan pelakon mampu menarik penonton ke pawagam.

Selain Mawi sebagai bintang utama, filem itu turut membariska­n Along Cham sebagai Kuswadi, Hazama (Abadi) dan Joey (Rumi).

“Tanggungja­wab mereka menghasilk­an filem ini boleh dipuji. Filem ini tidak nampak seperti komedi yang sengaja dibuat-buat. Malah, masingmasi­ng memainkan karakter seperti yang saya mahu.

“Filem ini diilhamkan daripada kisah hidup saya. Mereka berjaya menghidupk­annya dengan baik. Bukan pelakon saja, malah keseluruha­n kru.

“Kalau kita bekerja dengan orang yang sudah lama kita kenal, semuanya menjadi mudah kerana masing-masing tahu apa yang saya mahu,” katanya yang cukup menggemari filem karya Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Tawar hadiah kereta

Teruja berkongsi, Mawi yang juga juara musim ketiga Akade

mi Fantasia (AF) memberitah­u, Tiada Tajuk akan menjengah pawagam pada 4 April depan.

Sebagai tarikan penonton ke pawagam, Mawi menganjurk­an peraduan yang menawarkan hadiah lumayan seperti sebuah kereta Perodua Bezza, motorsikal Yamaha Y15, pakej umrah dan percutian ke Australia untuk dua orang.

“Selama ini, peminat sudah banyak memberi sokongan kepada saya sejak menjadi anak seni.

“Malah, disebabkan peminatlah saya pernah menerima hadiah lumayan, termasuk kereta. Inilah masa untuk saya membalas budi mereka,” katanya.

Untuk peraduan yang bermula pada hari pertama tayangan, peminat perlu memuat turun aplikasi Mawi World menerusi platform Play Store atau App Store.

 ?? [ FOTO EZAIRI SHAMSUDIN/BH ] ?? Mawi bersama barisan pelakon yang menjayakan filem Tiada Tajuk.
[ FOTO EZAIRI SHAMSUDIN/BH ] Mawi bersama barisan pelakon yang menjayakan filem Tiada Tajuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia