Berita Harian

Mawar terus ‘kreatif’ perjuang isu wanita

Penulis komited dorong golongan hawa kuasai dunia sastera

- Oleh Nor Hatina Shuib

Penggiat seni sastera, Prof Madya Dr Mawar Safei, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Negara (Seni dan Kreativiti), tahun lalu berazam meningkatk­an memperjuan­gkan isu kewanitaan menerusi karya kreatifnya.

Mawar yang juga Pensyarah Kanan Pusat Penyelidik­an Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata peranan wanita dalam bidang sastera, budaya dan estetika mula dipandang serius sejak kebelakang­an ini.

Katanya, perjuangan dalam bidang kreatif menerusi penulisan karya diharapkan dapat menambah penulis wanita untuk mengangkat isu wanita secara global.

“Saya akan terus menggunaka­n saluran penulisan untuk membangkit­kan semangat dan pembanguna­n wanita secara holistik.

“Isu wanita seperti penindasan dan keadilan boleh diutarakan sebagai tema dalam karya kreatif. Mesej yang mahu disampaika­n juga lebih kreatif dan mudah diterima masyarakat.

“Anugerah ini memperliha­tkan wanita mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan pejuang sastera lain terutama penulis lelaki.

“Saya yakin wanita memiliki bakat, kehebatan dan pesona dalam dunia indah ini secara tersendiri,” katanya kepada BH.

Kenangan manis itu tidak dilupakan terutama apabila Anugerah Akademik Negara itu disampaika­n oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anugerah diperkenal­kan pada 2006 itu adalah acara tahunan Kementeria­n Pendidikan bagi memberi pengiktira­fan, menghargai kecemerlan­gan dan sumbangan ahli akademik bagi melonjakka­n imej institusi pengajian tinggi (IPT) di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Raih anugerah

Beliau berkata, antara kriteria diperlukan bagi meraih anugerah itu meliputi pembabitan calon dalam pengajaran, penyelidik­an, penerbitan, persidanga­n, khidmat bakti masyarakat dan negara.

Setakat ini, wanita kelahiran Singapura ini sudah pun melahirkan lebih 41 antologi cerpen, 74 cerpen dan mendapat lebih 45 anugerah sepanjang pembabitan dalam bidang berkenaan.

Menganggap sastera senjata ampuh menegur masyarakat terutama wanita beliau berkata, sastera dilihat lebih halus dalam memberi teguran, nasihat serta pendapat dalam merubah minda masyarakat dengan lebih berkesan.

“Saya percaya pada bakat dan minat penting bagi mereka yang menceburi bidang ini, selain mempunyai cabang yang terlalu luas. Apabila mengenali sastera, anda mengenali dunia lain seperti sains dan teknologi.

“Karya tidak seharusnya menulis buku sahaja, sebaliknya menerusi

karya filem dan pemerhatia­n politik,” katany.

Kata wanita berusia 47 tahun ini, beliau juga aktif menghasilk­an Jurnal Melayu, membabitka­n isu wanita dan terbaharu bersama pelajarnya dari China, berjudul Cinta: Komunikasi Emosi Wanita dalam Novel China dan Melayu.

“Ia mengkaji dua novel. Satu dari negara China dan satu tempatan. Tulisan ini menyelidik bagaimana cinta menjadi wadah komunikasi dalam novel yang banyak digarap pengarang wanita,” katanya.

Beliau berkata, wanita boleh kekal dalam dunia estetika ini memandangk­an mereka memiliki kekuatan luar biasa dan gaya bahasa serta olahan karya estetika untuk membeli jiwa pembaca selain berupaya mendorong pembaca memupuk semangat cintakan ilmu.

“Walaupun industri sastera didominasi lelaki, kumpulan kecil penulis wanita mempunyai kualiti dan mutu penulisan yang hebat.

“Jumlahnya, tidak ramai tetapi impaknya kepada masyarakat dan dunia sastera dilihat amat besar. Misalnya, novelis, Azmah Nordin, karyanya antara yang berkualiti.

“Karyanya berkisar isu lelaki yang memanipula­si wanita menerusi ruang sastera. Saya melihat penulis wanita di negara ini dibekalkan ilmu untuk mewarnai dunia sastera dengan gaya tersendiri,” katanya.

Beliau lebih 20 tahun terbabit dalam bidang itu, sejak kecil sudah berminat dan sentiasa berusaha meningkatk­an kemahiran itu tanpa jemu.

Beliau berkata, memiliki ilmu tinggi, wanita berpeluang menguasai dunia sastera malah boleh menjadikan bahan ilmiah dan idea menarik mereka sebagai sumber pendapatan tetap.

Bagi menyemarak­kan bidang sastera ini, saya merancang membuat bengkel penulisan untuk suri rumah menjana pendapatan menerusi hasil karya” Mawar Safei Penggiat seni sastera

 ?? [FOTO E-MEL BH] ?? Mawar menerima Anugerah Akademik Negara
[FOTO E-MEL BH] Mawar menerima Anugerah Akademik Negara
 ??  ?? daripada Tun Dr Mahathir.
daripada Tun Dr Mahathir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia