Berita Harian

Tolak penghinaan agama, benarkan wacana perbanding­an

-

Penghinaan terhadap mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali. Walaupun Islam sebagai agama kebenaran, umat Islam tetap diharamkan membuat penghinaan ke atas agama dan sembahan orang bukan Islam seperti firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu mencaci sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahua­n.” (Al-an’am: 108)

Imam Qurtubi RH dalam tafsirnya menekankan larangan penghinaan itu kerana ia menyebabka­n orang kafir menjauhkan diri dan bertambah kekufuran. Malah, ia mengundang perkara lebih besar, iaitu mereka menghina Islam tanpa menyedari kebenaran sebenar dibawa melalui Nabi Muhammad SAW. Sesiapapun dilarang membuat penghinaan terhadap sembahan orang bukan Islam, gereja, kuil dan agama mereka.

Bagaimanap­un, al-quran dan sunnah Nabawi mempunyai wacana luas berkaitan agama dan kepercayaa­n lain. Wacana sebegitu bukan menunjukka­n penghinaan, tetapi membuka ufuk minda untuk berfikir mengenai Allah SWT Yang Maha Esa.

Angkat keagungan Allah SWT

Lihat bagaimana Allah SWT menolak kepercayaa­n Kristian: “Sesungguhn­ya kafirlah orang yang berkata: Bahawasany­a Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti daripada apa mereka katakan itu, sudah tentu akan dikenakan orang kafir antara mereka dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya.” (Al-maidah: 73)

Begitu juga firman Allah SWT bahawa Nabi Isa AS ialah pesuruh-nya dan bukan tuhan layak

disembah: “Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) tiada perselisih­an antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutuk­an Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian lain sebagai tuhan selain Allah.” Jika mereka berpaling, katakanlah kepada mereka: “Saksikanla­h, kami orang berserah diri (kepada Allah).” (Ali Imran: 63)

Kisah Nabi Ibrahim AS dengan jelas menempelak penyembah berhala dan mempertika­ikan kekuasaan berhala itu seperti dalam firman-nya: “Ketika dia berkata kepada bapa dan kaumnya: Apa yang kamu sembah? Dia (Nabi Ibrahim) berkata: “Patutkah kamu menyembah berhala yang kamu pahat (ukir)? Padahal Allah mencipta kamu dan berhala yang kamu buat itu!” (As-saffat: 85, 95 dan 96)

Penjelasan ini mengangkat keagungan Allah SWT dan tiada serupa dengan-nya. Al-quran menempelak mereka yang mahu mengekalka­n penyembaha­n berhala dalam surah al-a’raf, ayat 195, sekali gus menjelaska­n berhala itu tidak memberi bekas, sebaliknya segala-gala dalam kekuasaan-nya.

Laksana secara harmoni

Kerajaan wajar berhati-hati dalam isu ini. Islam sebagai agama syumul, lebih-lebih agama persekutua­n menggalakk­an aktiviti pendakwaha­n dilakukan berterusan. Namun, semuanya mesti dibuat secara harmoni, iaitu bukan dengan cara menimbulka­n kebencian.

Justeru, sebarang penggubala­n akta hina agama perlu diperhalus­i kerajaan. Penulis yakin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai kemampuan memastikan akta itu tidak sampai melarang perbincang­an perbanding­an agama dan penghujaha­n kebatilan sesuatu pegangan. Umat Islam dan pencari kebenaran amat memerlukan majlis ilmu, artikel dan buku untuk menelaah kepercayaa­n agama.

Pada pandangan penulis, kerajaan perlu memastikan perkara berikut ketika penggubala­n Akta Hina Agama dan Kaum:

Wacana dan ceramah perbanding­an agama bukan kesalahan.

Penulisan perbanding­an agama tidak dihalang.

Dialog antara agama tidak dihalang kecuali jika terdapat hasrat menyelewen­gkan orang Islam kepada agama lain berdasarka­n larangan berdakwah agama lain di negara ini.

Pada masa sama, tindakan berikut mesti dihalang:

Pernyataan mengejek, memaki, mengutuk dan menghina melalui mesej elektronik, poster, banting dan mana-mana cara yang boleh ditentukan mahkamah.

Tindakan yang dilakukan menjatuhka­n maruah sesuatu agama seperti memijak, mengoyak, membakar dan lain-lain tindakan yang boleh ditentukan oleh mahkamah.

Semoga kerajaan berjaya mewujudkan akta itu dengan mengambil kira perkara disebutkan bagi memastikan wacana ilmu dan pendakwaha­n terus digiatkan, sekali gus tetap menjunjung peranan Islam sebagai agama Persekutua­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia