Berita Harian

Karya bahasa rojak jejas jati diri generasi muda

Pemilihan bahan bacaan berkualiti galak pembaca berfikiran aras tinggi

- Oleh Nurhafizah Maidin

Lambakan karya popular yang menggunaka­n bahasa rojak, termasuk berunsur khidmat pesanan ringkas (SMS) dan slanga, boleh menjejaska­n kemurnian bahasa Melayu.

Apatah lagi karya yang menggunaka­n bahasa Melayu secara tidak tepat itu, mendapat sambutan generasi muda.

Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan, berkata generasi muda ialah golongan paling banyak membaca, sekali gus menjadi penentu moral bangsa dan masa depan negara.

“Jika generasi muda tidak terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul, ia akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka.

“Sedangkan mereka pemimpin masa hadapan yang akan mengambil alih pentadbira­n negara,” katanya kepada BH, di sini.

Anwar berkata, nasib bangsa dan bahasa ibunda sebenarnya terletak di tangan mereka, sekali gus memerlukan ia dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.

Martabat bahasa ibunda

Beliau berkata, karya terbitan badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sangat menitikber­atkan penggunaan bahasa yang tepat.

Katanya, penekanan bahasa Melayu itu demi memastikan martabat bahasa ibunda terjamin dan tidak tercemar.

“Karya yang diterbitka­n DBP biasanya sangat menjaga aspek kebahasaan disebabkan karya sastera menggunaka­n bahasa kreatif, betul dan indah.

“Bagaimanap­un, masih ada ruang untuk menggunaka­n bahasa praktikal dan realistik untuk situasi tertentu tetapi ia dibuat dalam bentuk dialog,” katanya.

Anwar mengakui masyarakat terutama generasi muda lebih memilih karya yang santai dan ringan sebagai bahan bacaan utama.

Katanya, karya serius yang dikaitkan dengan fungsi intelektua­l dan estetika kurang mendapat sambutan berbanding karya popular.

“Penerbit karya popular tahu dan faham minat serta kemahuan generasi muda hingga memilih untuk menerbitka­n karya secara indie dan berunsurka­n urban sesuai dengan jiwa mereka.

“Mereka pandai menyesuaik­an tema, persoalan, watak dan bahasa sesuai dengan selera generasi muda yang mahu naratif lebih ringkas dan mudah.

Kesedaran masyarakat

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana masih ada (cara menerbitka­n) karya ringan sesuai dibaca untuk remaja, tetapi masih menggunaka­n bahasa lebih tersusun dan betul,” katanya.

Dalam konteks penerimaan masyarakat terhadap karya sastera, Anwar mengakui ia kurang mendapat sambutan, termasuk buku yang memenangi anugerah pada peringkat kebangsaan.

“Saya berharap timbul kesedaran dalam masyarakat untuk memilih bahan bacaan yang terbaik.

“Karya terbaik menggunaka­n bahasa baik dan mempunyai falsafah, tujuan atau mesej yang dapat membuka fikiran, sekali gus menggalakk­an pembaca berfikiran aras tinggi,” katanya.

Jika generasi muda tidak terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul, ia akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka” Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Generasi muda lebih memilih karya santai dan ringan sebagai bahan bacaan utama.
[FOTO HIASAN] Generasi muda lebih memilih karya santai dan ringan sebagai bahan bacaan utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia