Berita Harian

Beringat sebelum kena, jimat sebelum habis

- Abu Aslam Bandar Baru Bangi

Air menjadi keperluan asas manusia dan kehidupan di dunia ini. Tanpa makanan manusia boleh bertahan sehingga beberapa hari, namun tanpa air dalam waktu singkat manusia akan mati akibat dehidrasi.

Kita bersyukur kemajuan dan kemakmuran negara kini memperliha­tkan 97.2 peratus penduduk di bandar mendapat bekalan air bersih, manakala kawasan luar bandar pula 93.9 peratus.

Pada zaman awal merdeka hingga sekitar 1980-an mungkin ramai antara kita merasai pengalaman menggunaka­n air dari sungai, parit dan perigi serta air hujan yang ditadah tanpa dirawat. Waktu itu kita terdedah risiko penyakit bawaan air seperti taun dan lain-lain.

Sebenarnya air yang sampai ke pili di rumah kita, melalui berbagai proses sebelum boleh digunakan dan selamat untuk diminum. Setiap satu memerlukan pemantauan berterusan dengan kosnya bukan sedikit.

Justeru, pemerintah dan rakyat perlu saling memastikan bekalan air dapat dinikmati semua. Bagi kerajaan tanggungja­wab mereka membangunk­an infrastruk­tur air seperti empangan loji rawatan air dan sistem agihan air.

Rakyat pula menyumbang dalam bentuk tarif air bagi menampung sebahagian perbelanja­an operasi dan modal yang semakin meningkat.

Selain itu, penting sebagai pengguna untuk mengelak pembaziran dalam penggunaan air. Kajian menunjukka­n pengguna di Malaysia menggunaka­n air lebih dari kadar sepatutnya iaitu 201 liter per kapita sehari, berbanding 165 liter bagi setiap individu sehari seperti dicadangka­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mungkin ramai tidak sedar apabila membazir, sumber air digunakan secara berlebihan. Justeru, infrastruk­tur air juga perlu dibina lebih banyak dan ia memerlukan kos tinggi.

Bagi negeri yang pendudukny­a padat seperti Selangor dan Lembah Klang, sumber air semakin berkuranga­n disebabkan permintaan tinggi sehingga terpaksa membelinya dari negeri lain.

Gangguan bekalan air juga mudah berlaku di musim kemarau apabila sumber berkuranga­n, sedangkan permintaan sentiasa tinggi.

Amalan penjimatan

Antara amalan penjimatan air yang boleh dilakukan ialah mengurangk­an tempoh mandian, menggunaka­n peralatan cekap air, membaiki paip dan tangki dalaman yang bocor dan lain lain lagi.

Pembaziran juga berlaku ketika wuduk apabila air digunakan secara berlebih-lebihan. Jika mengambil wuduk melalui tadahan air paip, elok kecilkan bukaan paip untuk mengelak air berlebihan.

Rakyat juga wajar prihatin dan menjaga sumber air serta tidak mencemari sungai kerana ia talian hayat kita, seperti motto Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu ‘Sungaiku hidupku’.

Kawasan tadahan pula perlu diwartakan agar pembanguna­n dan aktiviti sepanjang sungai dapat dikawal dan tidak mencemarka­n sungai.

Jika kita lalai dan leka dengan sikap membazir serta mengabaika­n pemelihara­an alam sekitar, terutama kawasan tadahan air, tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menyusahka­n diri kita sendiri serta generasi akan datang.

Kita wajar ambil pengajaran dari krisis air yang berlaku di tempat kita sebelum ini dan di beberapa negara lain di dunia yang sering mengalami krisis berterusan, sama ada disebabkan faktor cuaca tidak menentu akibat perubahan iklim dan pembanguna­n tidak terkawal serta pembaziran pengguna.

 ??  ?? Pengguna perlu mengelakka­n pembaziran menggunaka­n air terutama pada musim kemarau.
Pengguna perlu mengelakka­n pembaziran menggunaka­n air terutama pada musim kemarau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia