Berita Harian

Pyongyang ‘bina semula’ tapak pelancar

Kerja dijalankan di stesen satelit, AS beri amaran lebih banyak sekatan

-

Korea Utara membina semula sebahagian tapak pelancaran peluru berpandu yang mula ditanggalk­an, selepas berjanji berbuat demikian dalam pertemuan pertama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tahun lalu, lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan dan dua kumpulan pemikir AS.

Pada masa sama, penasihat keselamata­n Trump, John Bolton memberi amaran, sekatan baharu mungkin diperkenal­kan jika Pyongyang tidak membatalka­n program senjata nuklearnya.

Bolton berkata, Washington perlu melihat jika Pyongyang komited untuk melepaskan program senjata nuklear dan segala-galanya yang berkaitan.

“Jika mereka bersedia melakukann­ya, justeru saya fikir Presiden Trump amat jelas, mereka tidak akan mendapat pelepasan daripada sekatan ekonomi memusnah yang dilaksanak­an ke atas mereka dan kami meneliti meningkatk­an sekatan itu,” kata penasihat berkenaan yang mengambil pendekatan tegas terhadap Korea Utara pada masa lalu kepada Fox News Network kelmarin.

Sementara itu, Yonhap memetik beberapa pembuat dasar yang diberikan taklimat oleh Perkhidmat­an Risikan Nasional Korea Selatan (NIS) sebagai berkata, kerja pemulihan itu berlaku di Stesen Pelancaran Satelit Sohae di Tongchang-ri, ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berada di Hanoi minggu lalu.

Kerja pemulihan itu membabitka­n penggantia­n bumbung dan pintu di kemudahan terbabit.

Aktiviti diperbahar­ui itu direkodkan dua hari selepas pertemuan dan mungkin ‘menunjukka­n penyelesai­an berikutan penolakan AS’ berhubung permohonan Pyongyang untuk melonggark­an sekatan, kata penyelidik di Pusat Kajian Antarabang­sa dan Strategik berpusat di Washington (CSIS).

“Kemudahan itu tidak berfungsi sejak Ogos 2018, menunjukka­n aktiviti terkini sengaja dan mempunyai tujuan,“katanya.

CSIS berkata, aktiviti itu ‚terbukti‘ dengan berdirinya struktur ujian enjin menegak dan pad pelancar roket di kemudahan itu yang digunakan Pyongyang untuk melancarka­n satelit pada 2012 dan 2016.

Tidak konsisten ujian ICBM

Yonhap memetik pembuat dasar berkata, reaktor lima-megawatt di tapak nuklear utama Yongbyon, yang mengeluark­an plutonium gred senjata digunakan membina bom bagai mana pun, tidak beroperasi sejak akhir tahun lalu, menyokong laporan pemerhati atom Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB).

Yonhap memetik sumber sebagai berkata, tiada tanda pemprosesa­n semula plutonium daripada reaktor dan terowong di tapak ujian nuklear utama, Punggye-ri, kekal tutup sejak dimusnahka­n Mei lalu, dikatakan Pyongyang bukti komitmen menamatkan ujian nuklear.

Pengarah projek 38 North berpusat di Washington, Joel Wit memberi amaran, bukti itu tidak semestinya ‘konsisten dengan persediaan untuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).’

“Selain hakikat bahawa Korea Utara tidak pernah menguji ICBM dari Sohae, ia adalah tapak pelancar kapal angkasa lepas, persediaan untuk sebarang pelancaran memerlukan aktiviti meluas yang tidak dipaparkan dalam imej,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Gambar fail diambil
8 April 2012 menunjukka­n roket Unha-3 di stesen Pelancaran Satelit Tongchang Ri, di mana aktifiti pembinaan semula dikesan susulan kegagalan pertemuan As-pyongyang di Hanoi, Vietnam, akhir bulan ini.
Gambar fail diambil 8 April 2012 menunjukka­n roket Unha-3 di stesen Pelancaran Satelit Tongchang Ri, di mana aktifiti pembinaan semula dikesan susulan kegagalan pertemuan As-pyongyang di Hanoi, Vietnam, akhir bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia