Berita Harian

Enam bangunan didakwa milik JEM masih kukuh

Imej satelit resolusi tinggi tidak jauh beza sejak April 2018, timbul keraguan dakwaan serangan India

-

Imej satelit resolusi tinggi yang diperoleh Reuters menunjukka­n sebuah sekolah agama dikendalik­an Jaish-eMohammad (JEM) di timur laut Pakistan masih kukuh beberapa hari selepas dakwaan India, kem latihan itu sudah diserang jet pejuang mereka dan mengorbank­an sejumlah besar militan.

Imej dikeluarka­n Planet Labs Inc, pengendali satelit persendiri­an berpangkal­an di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) menunjukka­n sekurangku­rangnya enam bangunan madrasah itu masih berada di tapaknya pada 4 Mac, enam hari selepas serangan udara India.

Sehingga kini, tiada imej resolusi tinggi satelit diperoleh namun imej oleh Planet Labs memberi butiran jelas sekecil 72 sentimeter, menawarkan gambaran jelas struktur bangunan didakwa sudah diserang India.

Imej berkenaan juga tidak berbeza dengan gambar satelit kemudahan itu sejak April 2018. Tiada sebarang lubang kelihatan pada atap bangunan, tiada tanda ia terbakar, runtuhan dinding dan pokok tumbang di sekitar madrasah atau sebarang petunjuk mengenai serangan udara.

Imej terbabit mencetuska­n keraguan berhubung kenyataan dibuat lapan hari lalu oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa serangan awal 26 Februari itu tepat mengena semua sasaran, termasuk tapak madrasah berdekatan perkampung­an Jaba dan bandar Balakot di wilayah Khyber Pakhtunkhw­a.

Kementeria­n Luar India dan Kementeria­n Pertahanan tidak membalas soalan yang dihantar menerusi emel, berhubung imej paparan satelit itu dan jika ia menjejaska­n kenyataan rasmi berhubung serangan udara mereka.

Pengarah Projek Pengawalan Senjata Nuklear Asia Timur di Institut Pengajian Antarabang­sa Middlebury, Jeffrey Lewis mengesahka­n, imej resolusi tinggi satelit itu memaparkan struktur madrasah terbabit.

Tiada kerosakan

Beliau yang berpengala­man 15 tahun menganalis­is imej satelit berkata, ia sama sekali tidak memaparkan sebarang bukti kerosakan akibat serangan bom.

Lewis turut menganalis­is tiga lagi imej resolusi tinggi milik Planet Labs yang diambil dalam tempoh beberapa jam selepas imej pertama diperoleh.

Kerajaan India tidak mendedahka­n secara terbuka senjata digunakan dalam serangan. Sumber kerajaan memberitah­u Reuters minggu lalu, 12 jet pejuang Mirage 2000 membawa 1,000 kilogram bom menjalanka­n serangan terbabit.

 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Gambar Satelit lebih dekat Madrasah milik Jem berhampira­n Balakot wilayah Khyber Pakhtunkhw­a, pakistan.
[ FOTO REUTERS] Gambar Satelit lebih dekat Madrasah milik Jem berhampira­n Balakot wilayah Khyber Pakhtunkhw­a, pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia