Berita Harian

Gandingan Jokowi-ma‘ruf selesa mendahului

-

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko ‚Jokowi‘ Widodo mendahului dengan selesa berbanding lawannya Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto menjelang pilihan raya presiden 2019, tinjauan terbaharu menunjukka­n.

Sejak pencalonan presiden diumumkan secara rasmi pada Ogos 2018, kebanyakan tinjauan meletakkan Jokowi pada kadar pemilihan sekitar 53 hingga 60 peratus, sementara Prabowo memperoleh­i sekitar 30 peratus.

Jokowi menang pilihan raya 2014 dengan 6.2 peratus mata namun pendahulua­n beliau berbanding Prabowo dilihat amat ketara sejak itu.

Tinjauan Disember lalu dijalankan Indikator Politik Indonesia dan Charta Politika berpusat di sini menyaksika­n Jokowi meningkat kepada 20.1 peratus dan 19.1 peratus.

Tinjauan terbaharu, dikeluarka­n syarikat penyelidik­an pasaran Australia, Roy Morgan Jumaat lalu mendapati, gandingan Jokowima‘ruf Amin mendahului pada 58 peratus sementara Prabowo-sandiaga Uno 42 peratus.

“Prestasi kukuh ekonomi Indonesia sejak lima tahun lalu dan keyakinan disuarakan rakyat Indonesia sejak tahun lalu sudah pasti mempengaru­hi kejayaan kepimpinan politik Jokowi menjelang pilihan raya presiden April ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Roy Morgan, Michele Levine dalam kenyataan media.

Levine menambah, Jokowi terutama mendapat sokongan kukuh di luar bandar di Jawa Tengah, Jawa Timur dan Bali serta kawasan utara Sumatera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia