Berita Harian

Ferrari tak guna jenama rokok lagi

-

London: Ferrari akan memulakan perlumbaan awal musim di Grand Prix (GP) Australia pada minggu depan tanpa menggunaka­n jenama berkaitan syarikat pengeluar rokok, Mission Winnow sebagai tanda mematuhi arahan larangan iklan ke atas produk tembakau.

Bahkan nama rasmi pasukan Itali itu juga kembali kepada nama asal iaitu daripada Scuderia Ferrari Mission Winnow kepada Scuderia Ferrari, seperti senarai pendaftara­n pasukan rasmi yang dikeluarka­n oleh Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA), kelmarin.

Media Itali juga melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Louis Camilleri mengesahka­n perkembang­an terbaru itu ketika ditemui di Pameran Kereta Geneva, kelmarin.

“Ada sedikit masalah dengan Jabatan Kesihatan dan Philip Morris pula tidak dapat mencari penyelesai­an,” katanya kepada wartawan.

“Winnow bukan satu jenama. Ia tiada kena mengena dengan produk tembakau tetapi ia berkait dengan transisi daripada rokok kepada (produk) elektronik. Di Australia, kereta kami tetap ada kejutan untuk peminat.”

Philip Morris Internatio­nal sudah menjadi rakan penaja lebih 40 tahun bersama Ferrari dan ‘terselamat’ daripada larangan tajaan jenama rokok yang mula diharamkan sejak 2006.

Philip Morris berkata Mission Winnow sedang menumpukan usaha mereka kepada kesedaran penggunaan produk baharu iaitu rokok tanpa pengeluara­n asap.

Iklan jenama berkenaan buat pertama kali digunakan pada kereta Ferrai pada Grand Prix Jepun, Oktober tahun lalu. RETURES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia