Berita Harian

Pasukan kami sukar dikalahkan: Klopp

-

London: Jurgen Klopp menegaskan barisan pemainnya kekal positif sekali pun perjalanan Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sedikit terjejas selepas diikat Everton, di Goodison Park, minggu lalu.

Keputusan seri tanpa jaringan bagi pertembung­an tetangga Merseyside itu menyaksika­n The Reds gagal memintas kedudukan Manchester City di puncak liga dan kini ketinggala­n satu mata berbanding penyandang juara itu.

Sekali pun masih berpeluang cerah untuk mencabar kejuara- an, ini kali ketiga Liverpool gagal menjaringk­an gol dalam empat perlawanan liga selepas turut seri 0-0 dengan Manchester United.

Tidak mengalah

Justeru berbaki sembilan perlawanan yang perlu diharungi, Klopp menegaskan skuad kendaliann­ya tidak akan mengalah sehingga hari terakhir kempen.

“Kami positif, bagaimana kami tidak positif?” kata pengurus dari Jerman itu. “Masih banyak perkara akan berlaku dan masih banyak perlawanan yang perlu diharungi. Pengendali Liverpool

“Apa yang membawa kami ke sini adalah kestabilan yang ditunjukka­n semua pemain. Kami adalah pasukan yang sukar untuk dikalahkan, yang menjadi perkara paling penting dalam bola sepak.

“Kami juga mencipta peluang dalam perlawanan yang sukar, yang juga perkara yang penting. Kemudian kamu perlu menamatkan saingan mereka, yang sering kali kami lakukan tetapi tidak (di Everton). Musim ini masih belum berakhir jadi kami tidak akan menyerah kalah.”

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia