Berita Harian

Adam langsung tak kekok

Bekas pelumba Moto3 tekad beraksi walaupun baru pulih selepas pembedahan

- Oleh Sukhairi Thani

Sepang

Selepas tiga bulan tidak berlumba secara kompetitif, kini bekas pelumba Moto3 negara Adam Norrodin kembali menghangat­kan litar Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang membuka tirainya di Sirkit Antarabang­sa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Adam yang beransur pulih daripada pembedahan bahu dan lutut selepas cedera di Grand Prix (GP) Jepun, Oktober lalu, bakal beraksi dalam kelas Supersport­s 600cc bersama pasukan SIC Junior ZK Racing.

Pelumba dari Batu Pahat, Johor itu menjalani pembedahan bahu dan lutut secara berasingan selepas beraksi di GP Malaysia, November lalu.

Bagaimanap­un, berdasarka­n keputusan keseluruha­n selepas dua hari ujian pramusim yang berakhir di litar Sepang semalam, pelumba berusia 20 tahun itu jelas sudah dapat melupakan kecederaan­nya apabila berada di tangga keenam terpantas dengan catatan, 2 minit 11.818 saat (s).

Elak terjatuh

“Selepas kecederaan (berlanjuta­n dari GP Jepun) hingga ke Sepang, doktor tak menyaranka­n saya berlumba tetapi dengan bantuan fisioterap­i yang diberikan SIC, ia banyak membantu saya minggu ini.

“Alhamdulil­lah saya puas hati (dengan keputusan pramusim), sebab ini adalah kali pertama saya menunggang semula selepas GP di Sepang.

“Tiga bulan saya tidak menunggang motosikal dan saya gembira kerana dari hari pertama (ujian pramusim) sehingga hari ini, saya sudah mula dapat merasai kelajuan semula dan memahami karakter 600cc ini,” katanya.

Adam dalam pada itu meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik pada hari perlumbaan namun tetap berwaspada dengan tahap pemulihann­ya.

“Sekarang ini, kecederaan saya masih perlu dijaga sebaiknya, jangan sampai terjatuh kerana kalau terjatuh, kesan kecederaan (yang lama) mungkin bertambah. Jadi minggu ini, saya akan buat yang termampu dan cuba pada (pusingan) yang lain,” katanya.

 ??  ?? Adam Norrodin
Pelumba pasukan SIC Junior ZK Racing
Adam Norrodin Pelumba pasukan SIC Junior ZK Racing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia