Berita Harian

Zaqhwan kembali ‘bakar’ litar Sepang

-

Sepang: Kali terakhir Zaqhwan Zaidi beraksi di Sirkit Antarabang­sa Sepang (SIC) pada tahun 2015 dan ketika itu dia beraksi di Grand Prix (GP) Malaysia dalam kelas Moto2.

Kini pelumba berusia 23 tahun itu kembali ‘menjejakka­n kaki’ di Sepang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC), beraksi untuk kelas baharu yang diperkenal­kan, ASB1000.

“Saya sudah lama tak berlumba di Sepang,” kata Zaqhwan yang pernah merangkul gelaran juara Asia dalam kelas Supersport­s 600cc pada musim 2014 dan 2016 itu.

“Ini kali pertama saya kembali menunggang (selepas pembeda- han), dan saya perlu cuba menyesuaik­an diri dengan trek ini semula.”

Semalam, pelumba Honda AsiaDream Racing with SHOWA itu melengkapk­an ujian pramusim dua hari di litar sama dengan berada di tempat kelima terpantas keseluruha­n.

Cedera pergelanga­n tangan

Dia melakukan catatan sepusingan terpantasn­ya, 2 minit 07.107 saat (s).

Mengulas mengenai kelas baharu yang dipertandi­ngkan musim ini - ASB1000 - Zaqhwan berkata, dia mahu membawa pengalaman­nya beraksi pada Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun tahun lalu bagi menghadapi saingan di Asia musim ini.

“Saya tidak mempunyai banyak masalah sebab tahun lalu menyertai JSB1000. Saya ada pengalaman di sana dan akan bawa kelebihan itu di sini dan saya mahu buktikan yang saya sudah bersedia,” katanya yang masih dalam proses pemulihan daripada cedera pergelanga­n tangan.

Untuk sesi ujian pramusim yang berakhir semalam, pelumba Broc Parkes dari Australia yang mewakili pasukan YAMAHA Racing Team ASEAN mengunggul­i carta keseluruha­n dengan catatan terpantas 2:06.075s.

 ??  ?? Zaqhwan Zaidi
Zaqhwan Zaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia