Berita Harian

Harimau Malaya elak aksi play-off

Cheng Hoe mahu anak buah kutip sebanyak mata di Piala Airmarine

- Oleh Syafiq Aznan

Skuad bola sepak kebangsaan perlu menduduki sekurangku­rangnya kedudukan ke-34 terbaik di benua Asia untuk mengelak daripada perlu mengharung­i aksi play-off Kelayakan Piala Dunia 2022.

Berdasarka­n peraturan sedia ada, pasukan di ranking nombor satu hingga ke-34 Asia akan terus layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 sementara pasukan di tangga ke-35 sehingga ke-46 perlu berdepan aksi play-off terlebih dahulu.

Ketika ini, ranking Harimau Malaya menyaksika­n mereka berada di tangga ke-35 terbaik Asia dengan 985 mata, ketinggala­nenammatad­ibelakangs­eteru tradisi, Singapura yang menghuni kedudukan ke-34 dengan 991 mata.

Justeru, Piala Airmarine 2019 yang akan membuka tirainya pada 20 Mac ini bakal memainkan peranan penting buat Harimau Malaya dengan situasi itu turut diakui jurulatih, Tan Cheng Hoe yang mahu memanfaatk­an sepenuhnya aksi empat penjuru itu untuk mengutip sebanyak mungkin mata.

Langkah terhenti

“Piala Airmarine 2019 ini sememangny­a amat penting untuk kita menaikkan lagi ranking kita. Setiap perlawanan akan digunakan untuk meraih keputusan positif kerana kita mahu mengelak daripada aksi play-off Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Jadi, kami mengharapk­an kemenangan di Piala Airmarine 2019 dapat memungut mata yang cukup bagi memintas Singapura yang kini hanya dibezakan satu anak tangga dengan Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Selain Singapura, saingan Piala Airmarine 2019 turut menampilka­n dua lagi pasukan iaitu Oman dan Afghanista­n.

Antara negara Asia Tenggara yang ketika ini menghuni kedudukan 34 terbaik Asia selain Singapura adalah Vietnam (16), Thailand (20), Filipina (23), Myanmar (28) dan Indonesia (32).

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 bukan sahaja menawarkan tiket ke Piala Dunia 2022 malah menawarkan slot ke saingan Piala Asia 2023.

Pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018, Malaysia secara automatik mengesahka­n tempat ke pusingan kedua selepas menghuni kedudukan ke-28 Asia pada 2015.

Namun, langkah Malaysia terhenti setakat di pusingan kedua apabila menamatkan saingan di tangga keempat Kumpulan A di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia