Berita Harian

Penyokong mula sangsi niat KFA

-

Kuala Lumpur: Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang terus ‘membisu’ mengenai kes bekas bintangnya, Akhyar Rashid sama ada mahu mengheretn­ya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) atau tidak, menimbulka­n tanda tanya dalam kalangan penyokong skuad Helang Merah.

Malah, situasi itu dilihat menimbulka­n keresahan dalam kalangan penyokong yang mula sangsi sama ada KFA serius mengheret kes itu ke mahkamah atau sekadar melakukan gimik semata-mata.

Wakil jurucakap Kelab-kelab Penyokong Bolasepak Kedah (G32) Safarizal Mohd Sobri menjelaska­n, mereka mempunyai hak sebagai penyokong untuk mengetahui sebarang perkembang­an mengenai kes terbabit.

“Sebelum ini, kami dimaklumka­n kes terbabit sudah dikendalik­an oleh peguam yang dilantik KFA, jadi pengurusan menyerahka­n semuanya kepada peguam terbabit dan mereka tidak boleh mengeluark­an sebarang komen.

‘Drama’ tercetus

“Kami menghormat­i keputusan KFA dan peguam yang tidak mahu memaklumka­n perkembang­an itu secara terbuka kepada media namun sebagai penyokong, mungkin KFA boleh memaklumka­n serba sedikit mengenai perkembang­an kes itu.

“Kami hanya mahu tahu setakat mana kes terbabit sudah dibawa ketika ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan semalam.

Sementara itu, percubaan BH Sukan untuk mendapatka­n Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris gagal selepas tidak menjawab panggilan daripada semalam dan pertanyaan menerusi aplikasi pesanan Whatsapp tidak mendapat maklum balas.

Terdahulu, ‘drama’ tercetus apabila KFA mengesahka­n bintang muda itu diintai Johor Darul Ta’zim (JDT) namun dinafikan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang mengakui pihaknya sedar mengenai kontrak yang dimiliki pemain terbabit.

Bagaimanap­un, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemudianny­a membenarka­n Akhyar menebus baki kontraknya selama setahun bernilai RM210,000 dan pampasan latihan sebanyak RM75,000 kepada mana mana pasukan yang mahu mendapatka­n khidmatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia