Berita Harian

Kerjasama Malaysia, Brunei kekang penyeludup­an diesel

Operasi serbu dua lokasi rampas 57,800 liter bahan api cuba diseleweng

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Kerjasama Malaysia dan Brunei Darussalam berjaya mengekang kegiatan penyeludup­an bahan api, khususnya bekalan diesel rentas sempadan di negeri ini.

Malahan, operasi bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dan Biro Mencegah Rasuah Brunei (BMR) berjaya merampas 57,800 liter diesel bernilai RM126,004 yang cuba diseleweng­kan.

Ia membabitka­n serbuan SPRM di dua lokasi di Limbang, manakala BMR menyerbu dua premis di Kampung Limau Manis dan Kuala Lurah yang kerana dijadikan lokasi penyimpana­n diesel haram.

SPRM Sarawak dalam satu kenyataan memaklumka­n operasi khas yang dilaksanak­an semalam itu turut mendapat kerjasama Bahagian Penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Serbuan di dua lokasi

“Serbuan ke atas dua lokasi di sekitar Limbang kerana dipercayai menjadi lokasi persembuny­ian dan penyimpana­n minyak diesel diseludup, selain tidak memiliki lesen penyimpana­n minyak diesel sah.

“Rampasan dibuat ke atas minyak diesel dianggarka­n 57,800 liter dengan anggaran nilai RM126,004.00.

“Kita juga berjaya merampas peralatan seperti pam minyak diesel bernilai RM9,600, selain lima pacuan empat roda (4WD) dan dua kereta sedan didaftarka­n di Brunei yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, tujuh suspek warga Brunei ditahan dan diserahkan kepada BMR bagi siasatan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan oleh pihak SPRM dan BMR atas kesalahan mengikut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Malaysia dan Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) Brunei,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia