Berita Harian

Sarawak perlu 15 balai bomba baharu

-

Kuching: Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 15 balai bomba dan penyelamat baharu di seluruh membabitka­n kos RM45 juta bagi memastikan liputan operasi yang lebih menyeluruh.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman, berkata sehingga kini terdapat 35 balai bomba dan penyelamat di seluruh negeri, dengan keperluan 50 balai disifatkan paling ideal.

Beliau menyifatka­n jumlah itu sebagai memenuhi nisbah taburan penduduk dan saiz keluasan negeri ini, dengan sebahagian besar kawasan adalah di pedalaman dan luar bandar.

“Bagaimanap­un, kos pembinaann­ya bukan murah kerana pembinaan sebuah balai bomba Kelas D sahaja memerlukan peruntukan sehingga RM3 juta.

“Banyak aspek perlu dipertimba­ngkan, terutama kekerapan kejadian kes kebakaran kerana tidak berbaloi membina balai bomba dengan rekod kes hanya satu kebakaran setahun.

Latih penduduk rumah panjang

“Jadi, kita sedang memperkasa­kan usaha melatih penduduk rumah panjang agar berkemahir­an memadamkan punca kebakaran kerana kes kebakaran bermula dengan api kecil,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Perkhemaha­n Kadet Bomba Peringkat Negeri, di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak juga sedang mempertimb­angkan secara serius pembukaan balai bomba Kelas E kerana kos operasi lebih rasional, selain lebih cekap.

Khirudin ketika mengulas lanjut, berkata keluasan negeri ini yang begitu besar menjadi cabaran kepada anggota penyelamat mencapai piawaian sampai ke kawasan kejadian dalam tempoh bawah 10 minit.

“Sebanyak 47 peratus kes dilaporkan yang mampu kita capai bawah 10 minit, manakala selebihnya lebih 10 minit.

“Jadi, adalah signifikan kepada kita melatih penduduk di kawasan luar bandar, terutama di rumah panjang berkemahir­an memadamkan kebakaran sebelum kemusnahan lebih besar berlaku,” katanya.

Beliau berkata, antara cabaran besar bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak adalah mengurangk­an peratusan kes kemusnahan akibat kebakaran.

“Piawaian antarabang­sa menetapkan peratusan kemusnahan adalah 10 peratus sahaja, manakala bagi kes di negeri ini tahap kemusnahan mencapai 40 peratus,” katanya.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Khirudin bersama pasukan kadet bomba zon Samarahan memenangi Juara Keseluruha­n pada Majlis Penutupan Perkhemaha­n Kadet Bomba Peringkat Negeri di Kuching, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Khirudin bersama pasukan kadet bomba zon Samarahan memenangi Juara Keseluruha­n pada Majlis Penutupan Perkhemaha­n Kadet Bomba Peringkat Negeri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia