Berita Harian

406 individu diberi amaran

-

Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Sabah mengeluark­an 406 notis amaran berhubung larangan merokok di kedai makan dan memeriksa 2,261 premis di seluruh negeri sehingga akhir bulan lalu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong, berkata sepanjang dua bulan lalu, sebanyak 2,710 aktiviti penguatkua­saan pendidikan turut dilaksanak­an di seluruh negeri.

Katanya, kerajaan negeri, Kementeria­n Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) komited memastikan aktiviti penguatkua­saan pendidikan diteruskan selari dengan keputusan Kabinet negeri melaksanak­an program itu bermula 1 Februari lalu hingga 30 Jun ini.

Pantau premis

“Sepanjang tempoh itu, pasukan penguatkua­saan dari Jabatan Kesihatan dengan dibantu PBT memantau premis yang ditampal dengan tanda larangan merokok berdasarka­n spesifikas­i, selain memberi nasihat dan penerangan kepada pemilik dan orang awam berhubung larangan itu.

“Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami dan menjadikan tabiat tidak merokok di kedai makan sebagai budaya sebelum penguatkua­saan penuh dilaksanak­an berkuat kuasa pada 1 Julai depan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mulai 1 Julai, Wong berkata, denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun boleh dikenakan terhadap sesiapa yang didapati merokok di premis makanan.

Sambut baik pelaksanaa­n

Katanya, secara keseluruha­n orang ramai menyambut baik pelaksanaa­n peraturan itu, namun masih ada segelintir individu tidak bersetuju.

Orang ramai boleh menyalurka­n aduan berkaitan pematuhan larangan merokok melalui Infoline Kementeria­n Kesihatan di talian 03-88924530 atau aplikasi Whatsapp 0108608949

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia