Berita Harian

FELDA AMBIL SEMULA ASET TANAH FGV Ms.4

Kerajaan perlu kaji kos, perjanjian bagi dapatkan aset agensi

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Kerajaan akan mempertimb­ang syor supaya FELDA ambil semula lebih 350,000 hektar tanah yang dipajaknya kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengatasi masalah aliran tunai dan beban hutang tinggi ditanggung agensi itu

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata banyak perkara perlu diteliti, termasuk kos pengambila­lihan dan syarat perjanjian pajakan yang boleh ditamatkan bagi memastikan kebajikan 112,635 peneroka terjamin

Kerajaan akan mempertimb­angkan syor supaya FELDA mengambil semula lebih 350,000 hektar tanah miliknya yang dipajak kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengatasi masalah aliran tunai dan beban hutang tinggi ditanggung agensi itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan bagaimanap­un perlu melihat dan meneliti semua perjanjian pajakan aset berkenaan terlebih dulu serta aspek berkaitan seperti kos yang diperlukan bagi tujuan pengambila­lihan.

“Banyak perkara perlu diteliti termasuk kos pengambila­lihan dan adakah perjanjian (pajakan) boleh ditamatkan. Semua itu perlu melalui rundingan perundanga­n, namun apa yang pasti, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang bersungguh-sungguh mahu memastikan kebajikan peneroka FELDA terjamin.

“Masalah FELDA adalah isu legasi yang terpaksa kita (kerajaan PH) galas. Ini bukan isu PH, sebaliknya isu sejak pimpinan UMNO beberapa tahun lalu. Hutang FELDA sudah melepasi RM8 bilion dan bukan perkara mudah untuk diselesaik­an kerana negara sendiri dibebani hutang, namun kita tidak mahu terus bergelut dengan isu legasi itu.

“Pengurusan baharu FELDA sedang menggubal pelan pemulihan dan antaranya, cadangan (FELDA ambil semula tanah dipajak kepada FGV) itu boleh kita pertimbang­kan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNG) Kelantan serta pertemuan dengan penjawat awam di sini, semalam.

Pajakan 99 tahun sejak 2012

Berdasarka­n laman web FGV, aset tanah milik FELDA yang dipajak syarikat berkenaan adalah seluas 35,864 hektar menerusi Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) selama 99 tahun sejak 2012. FGV disenaraik­an di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, penyenarai­an kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Mohamed Azmin pada ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands di Sungai Koyan, Pahang pada Januari lalu, dilaporkan berkata, kerajaan akan membentang­kan kertas putih mengenai penyelesai­an isu FELDA di Parlimen pada bulan ini.

Beliau juga memberi jaminan, kerajaan akan mencari segala pendekatan dan mengkaji semua pilihan serta kaedah untuk membantu peneroka rancangan tanah itu supaya FELDA kembali cemerlang.

BH pada 7 Mac lalu menyiarkan cadangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Yusof Noor agar kerajaan menyuntik RM7 bilion untuk memulihkan agensi terbabit supaya kembali kukuh seperti zaman kegemilang­annya yang mempunyai aliran tunai antara RM2.5 bilion hingga RM5 bilion setahun.

Yusof yang menerajui FELDA dari 2001 hingga 2010, berkata kerajaan perlu menyuntik modal itu jika mahu menyelamat­kan agensi berkenaan, seterusnya membela nasib peneroka yang kini tertekan dengan masalah dihadapi FELDA.

Susulan laporan BH itu, Penasihat Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Datuk Mazlan Aliman kelmarin menyaranka­n FELDA selaku pemegang saham terbesar dalam FGV sebanyak 34 peratus, mengambil semula aset tanah yang dipajakkan kepada syarikat itu bersama 68 kilang sawit.

 ??  ??
 ??  ?? Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia