Berita Harian

Malaysia beri komitmen bantu Bangsamoro

-

menyatakan komitmenny­a untuk terus membantu Filipina membangunk­an ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonom­i Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pernyataan bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang di sini, semalam, berkata penubuhan BARMM tahun lalu membantu meningkatk­an hubungan ekonomi antara kedua-dua negara berikutan potensi ekonomi luas di rantau ini.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Duterte atas kejayaan melaksanak­an Undang-undang Organik (BOL) dan pelantikan anggota dalam Penguasa Peralihan Bangsamoro (BTA),” katanya selepas menghadiri pertemuan dua hala secara tertutup dengan Duterte dan anggota kerajaanny­a.

Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking dan pegawai kanan kementeria­n.

BOL digubal tahun lalu selepas pentadbira­n Duterte meluluskan undang-undang pada tahun sama yang memberikan lebih banyak autonomi kepada rantau dihuni majoriti masyarakat Islam itu dengan 80 anggota mewakili badan BTA yang memerintah rantau ini akan diumumkan tidak lama lagi.

“Saya mengharapk­an peralihan lancar dari wilayah (sebelum ini) Rantau Berautonom­i Di Mindanao Muslin (ARMM) kepada kerajaan sementara BARMM,” katanya.

Dr Mahathir berkata, inisiatif kerjasama ekonomi serantau di Asia Tenggara yang dikenali Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur-brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) boleh digunakan untuk membantu keduadua negara untuk pembanguna­n di Mindanao.

Teroka kerjasama baharu

Beliau juga menggalakk­an sektor swasta dari kedua-dua negara meneroka kerjasama baharu berkaitan perdaganga­n dan pelaburan.

“Duterte dan saya yakin aliran perdaganga­n dan pelaburan antara kedua negara dapat diperkukuh pada tahun mendatang,” katanya sambil menambah, kedua-dua negara turut mengakui kemajuan sudah dibuat dalam sektor pendidikan serta kesihatan.

“Presiden dan saya menekankan pentingnya pendidikan. Kami membincang­kan program untuk guru dan pelajar di madrasah, terutama di Mindanao,” katanya.

Pada majlis sama, Dr Mahathir juga mengulangi komitmen Malaysia terhadap Filipina dan negara jiran lain berkaitan pembanguna­n ekonomi serta keselamata­n serantau dengan memastikan langkah sewajarnya diambil untuk menangani isu serantau dan antarabang­sa.

Sementara itu, mengulas perkembang­an di Mindanao, Duterte berterima kasih kepada Malaysia atas peranan penting sebagai fasilitato­r pihak ketiga ketika proses damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

“Jalan yang merintis kepada peralihan bersejarah BARMM diperoleh menerusi sokongan rakan antarabang­sa dengan Malaysia memainkan peranan penting. Kerja yang baik perlu diteruskan,” katanya.

“Saya berterima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongan berterusan­nya dalam pembanguna­n di selatan negara ini. Kemajuan Mindanao adalah kunci pembanguna­n di Filipina dan BIMP-EAGA,” katanya.

Laungan Malaysia

Terdahulu, ketibaan Dr Mahathir di Istana Malacanang disambut laungan “Malaysia! Malaysia!” oleh kanak-kanak yang berbaris di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan pentadbira­n utama.

Majlis sambutan negara bermula dengan lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Filipina. Kedua-dua pemimpin kemudian melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat ke atas Angkatan Tentera Filipina.

Sebelum itu, Dr Mahathir menghadiri upacara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Jose Rizal di Rizal Park, yang dibina bagi memperinga­ti pejuang kemerdekaa­n Filipina, Jose Rizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia