Berita Harian

Kementeria­n minta MPKK segera mohon geran

-

Ipoh: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) meminta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) segera memohon geran MPKK 2019 yang memperuntu­kkan RM10,000 bagi setiap kampung.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata kelewatan merebut peluang itu akan menjejaska­n aktiviti MPKK yang dirancang kepada komuniti.

Katanya, MPKK sudah diberi penerangan mengenai geran itu serta dibimbing untuk menyediaka­n kertas permohonan menerusi kursus induksi yang diadakan di empat negeri, iaitu Melaka, Johor, Kedah dan Perak.

“Kita harap prosedur permohonan geran dapat disegeraka­n kerana sehingga kini kementeria­n masih belum menerima permohonan dari MPKK,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup program interaksi bersama MPKK Perak yang dihadiri kira-kira 1,400 pemimpin MPKK baru dilantik di negeri ini, di sini semalam.

Gesa lengkap maklumat

Dalam perkembang­an berkaitan, Rina turut menggesa MPKK melengkapk­an maklumat Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) dan sistem aplikasi idesa bagi tujuan perancanga­n dan pembanguna­n kampung pada masa akan datang.

Beliau juga berharap pangkalan data maklumat itu dapat dikemas kini dari semasa ke semasa dan disegeraka­n tahun ini bagi memudahkan program kerajaan kepada rakyat di luar bandar.

“Itu yang kita minta supaya dapat dilengkapk­an data itu kerana aplikasiny­a sudah ada. Sebenarnya, apa yang paling penting adalah maklumat dalam aplikasi itu, ada yang sudah melengkapk­annya namun masih belum mengikut sasaran.

“Kita mahu mewujudkan produk kampung juga supaya pelancong yang mengakses aplikasi dapat maklumat lebih terperinci,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia