Berita Harian

2 pemimpin PAS Pahang dipanggil SPRM

Nasrudin Hassan, Mokhtar dijangka hadir di ibu pejabat hari ini bantu siasatan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Dua pemimpin PAS Pahang dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diberikan UMNO kepada parti berkenaan.

Mereka yang dipanggil adalah Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik.

Kedua-dua mereka dijangka hadir ke pejabat SPRM negeri, kirakira jam 9 pagi.

Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi, difahamkan turut hadir memberi keterangan berhubung isu sama, kelmarin

Diminta beri penjelasan motosikal berkuasa tinggi

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Buruk itu difahamkan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai motosikal berkuasa tinggi yang dikatakan menjadi miliknya.

Keterangan ketiga-tiga individu itu menjadikan seramai 13 orang yang majoritiny­a pemimpin tertinggi PAS sudah dipanggil SPRM sejak Presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang mengumumka­n penyelesai­an luar mahkamah kes saman Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-brown.

Kelmarin, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Datuk Dr Rameli Musa hadir ke SPRM dipercayai untuk mengemukak­an dokumen pembayaran cek penyelesai­an berkenaan.

Pada hari sama, bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib dan seorang petugas di ibu pejabat PAS, Mohd Khoirul Anwar Mat Zuki turut dipanggil SPRM.

Minggu lalu, SPRM memanggil Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Mohamed Nasir Che Daud, untuk diambil keterangan, manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut melakukan perkara sama.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, turut dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada UMNO.

Turut memberi keterangan ialah Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz apabila beliau dikaitkan dengan video tular dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa serta bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pula dipanggil kerana dakwaan mempunyai bukti mengenai salah laku itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia