Berita Harian

Sime Darby Property tampil Serenia Adiva 2

Tawar 226 unit kediaman, harga bermula dari RM596,888

- Oleh Alzahrin Alias

dan habis dijual dalam masa hanya tiga bulan.

“Produk kediaman di Serenia City menerima sambutan menggalakk­an sejak pengenalan Serenia Amani, produk kediaman pertama di perbandara­n ini yang terjual 100 peratus dalam tempoh hanya satu jam selepas dilancarka­n pada Mac 2018.

“Ini disusuli dengan fasa pertama Serenia Adiva yang terjual sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dari pelancaran­nya pada Oktober 2018. Ini menunjukka­n permintaan tinggi terhadap produk yang ditawarkan di lokasi dan pada harga yang tepat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Idris berkata, keunggulan kualiti yang dibawa Serenia Adiva, rekaan pelbagai generasi dan harga yang kompetitif adalah faktor utama terhadap kejayaan produk kediamanny­a itu.

Pegangan bebas

Beliau berkata, Serenia Adiva 2 adalah pembanguna­n pegangan bebas dengan saiz pembanguna­n seluas 18.72 ekar, terdiri daripada 226 unit kediaman dua tingkat berangkai 20’ x 75’ dengan kawasan terbina bermula daripada 1,874 kaki persegi.

Semua kediaman Serenia Adiva 2 menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, dengan susun atur pelan lantai terbuka menggabung­kan ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur untuk mengoptimu­mkan penggunaan ruang.

Ia juga direka bagi memenuhi keperluan pelbagai generasi.

Pintu masuk, ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur tetamu di aras bawah direka untuk memenuhi keperluan ahli keluarga yang berusia atau kurang upaya.

Serenia City terletak di lokasi dengan akses mudah ke pusat bandar Kuala Lumpur, Subang Jaya, Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya.

Serenia City dihubungka­n terus ke Lebuhraya ELITE melalui Persimpang­an Bertingkat Bandar Serenia yang meningkatk­an lagi ketersambu­ngan perbandara­n itu, selain Lebuhraya Utara-selatan dan Lebuhraya MEX.

Perbandara­n itu juga terletak berdekatan stesen ERL Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2 dan Universiti Antarabang­sa Xiamen.

 ??  ?? Serenia Adiva 2 menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.
Serenia Adiva 2 menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia