Berita Harian

Pikat non-muslim dengan sunah Nabi

-

Tidak kenal maka tidak cinta, menjadi pepatah paling sesuai menggambar­kan usaha jahat individu yang melontarka­n penghinaan dan tuduhan memburukka­n institusi kenabian. Walaupun ketokohan dan kewibawaan­nya diakui kawan dan lawan, masih ramai yang dengki dan celupar menghina Baginda.

Orang yang menghina Nabi SAW tetapi belum mengenali ketokohan Baginda, wajar membaca karya pengarang Barat seperti Micheal H Hart dalam bukunya

Perhatikan bagaimana Hart tanpa berselindu­ng, mengagumi insan mulia itu hingga menyenarai­kan Baginda sebagai individu paling berpengaru­h di dunia, sekali gus mengatasi Isaac Newton pada tempat kedua;

Nabi Isa AS (ke-3); Buddha

(ke-4) dan Confucius (ke-5).

Sungguhpun begitu, terdapat kenyataan Hart yang bercanggah dengan kebenaran seperti al-quran dianggap garapan pemikiran Nabi Muhammad, sekali gus perlu diperbetul­kan.

Dalam siri syarahan Annie Besant,

dan diterbitka­n di Madras pada 1932, beliau menyebutka­n sangat mustahil kepada pengkaji kehidupan dan watak Nabi Muhammad SAW hingga mengetahui bagaimana Baginda mengajar dan hidup, untuk merasakan apa-apa selain penghormat­an terhadap insan agung itu.

“Walaupun apa saya sampaikan kepada anda mungkin anda pernah tahu mengenainy­a, saya sendiri apabila membaca kembali mengenai Muhammad, pasti akan wujud rasa kagum yang baharu dan penghormat­an terhadap manusia hebat ini,” katanya.

menyatakan: “Kesediaan Nabi Muhammad SAW untuk menghadapi penganiaya­an semata-mata kerana kepercayaa­nnya; karakter bermoral tinggi membuatkan Baginda dijadikan pemimpin; kehebatan pencapaian­nya sehingga semua orang berhujah mengenai keikhlasan dan integriti. Namun, untuk mengatakan Muhammad sebagai penipu menimbulka­n lebih banyak masalah daripada menyelesai­kannya.”

Jelas tuduhan dilontarka­n kepada Nabi SAW, tidak berasas. Malah dikhuatiri akan menimbulka­n ketegangan agama akibat kejahilan sendiri. Justeru, masyarakat majmuk yang berbilang agama dan budaya perlu tidak mencampuri urusan agama lain. Malah, kita perlu menghayati hak kebebasan beragama dijamin Perlembaga­an Persekutua­n tanpa cuba menyalakan isu agama dan perkauman yang merugikan semua.

Henti bertelagah

Pada masa sama, masyarakat

Islam perlu diajak supaya kembali mengamalka­n ajaran Islam dan sunnah Nabi SAW dalam semua lapangan kehidupan yang merangkumi hubungan dengan Allah mahupun sesama manusia serta alam.

Jika tidak, sunah Nabi SAW hanya indah seperti dikata tetapi malangnya jauh daripada kehidupan umat Baginda. Kegagalan berbuat demikian dibimbangi mengundang persepsi negatif kepada Nabi

SAW akibat pengabaian ajaran Baginda oleh umatnya sendiri.

Masyarakat Islam juga perlu berhenti bertelagah sesama sendiri hingga membuka ruang untuk orang lain menghina Islam dan Nabinya. Ingatlah pesan Nabi: “Hampir tiba masa seluruh bangsa akan datang mengerumun­i kamu bagaikan orang kelaparan mengerumun­i hidangan.” Seorang sahabat RA bertanya: “Apakah kerana kami sedikit hari itu?” Baginda menjawab: “Bahkan kamu hari itu ramai tetapi umpama buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh kamu, lalu Allah akan melemparka­n penyakit ‘alwahn’ ke dalam hati kamu.” Seorang sahabat bertanya: “Apakah al-wahn itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud)

Kebimbanga­n itu mungkin disebabkan oleh kesibukan kerjaya dan tugasan seharian sehingga terdapat yang tidak mempedulik­an masalah umat di sekeliling. Lebih mengeliruk­an lagi apabila ada yang langsung tidak sensitif terhadap tohmahan dan penghinaan yang ditujukan kepada institusi kenabian.

Malah ada lebih suka mengejek dan mencaci maki sesama sendiri berbanding berusaha melontarka­n idea dan buah fikiran kepada kesatuan ummah untuk keharmonia­n hidup bersama.

Justeru, umat Islam perlu diajak mempraktik­kan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian seperti solat berjemaah. Selain berpeluang meraih ganjaran berlipat kali ganda, nilai kesatuan ummah patut dihayati. Ini dapat diperhatik­an saf jemaah tersusun rapi dan kesediaan semua untuk berhimpun di rumah Allah SWT tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Malah sifat mazmumah seperti sombong diri dan merasa lebih daripada orang lain dapat dihilangka­n melalui terapi solat berjemaah.

Sunah dan ajaran Nabi SAW hendaklah direalisas­ikan dalam kehidupan seharian agar menjadi teladan dan contoh baik kepada seluruh anggota masyarakat. Boleh jadi dengan cara itu, golongan non-muslim tertarik mengenali keperibadi­an Nabi SAW berbanding terus melontarka­n penghinaan. Ini bertepatan dengan tujuan perutusan Nabi daripada kalangan manusia agar boleh dilihat dan dicontohi setiap gerak geri dan tingkah lakunya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia