Berita Harian

Strategi duet bawa tuah

Percaturan berani Floor 88 rakam lagu bersama Baby Shima ulangi kecemerlan­gan dua single terdahulu

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Prestasi cemerlang dua single terdahulu, Zalikha dan Aqilah membuatkan kumpulan Floor 88 gusar untuk memperkena­lkan lagu terbaru. Namun, kumpulan yang mula bertapak pada 2017 akur, langkah perlu diteruskan. Memberanik­an diri, mereka membuat percaturan baharu apabila menjalin kerjasama dengan Baby Shima.

Meskipun pada awalnya, masingmasi­ng resah memikirkan penerimaan ramai, tuah menyebelah­i apabila lagu Roadblock Hati yang diperkenal­kan di Youtube bermula 24 September lalu mengukuhka­n lagi nama mereka.

Mencatat 24 juta tontonan sehingga ini, Floor 88 mengakui, mereka sempat menyediaka­n sebuah lagu lain sebagai sandaran jika usaha itu tidak membuahkan hasil diharapkan.

“Penangan Zalikha dan Aqilah terlalu hebat hingga membuatkan kami gementar untuk memperkena­lkan lagu baharu. Siapa yang tidak bimbang jika percaturan terbaru tidak menjadi. “Disebabkan terlalu risau, kami sempat merakamkan sebuah lagi lagu seandainya Roadblock

Hatiku ditolak peminat. Namun, sebaliknya berlaku apabila lagu itu mendapat sambutan yang membanggak­an,” kata vokalisnya, Ayie.

Selain Ayie atau nama lengkapnya, Nik Fadlee Elhamshah, Floor 88 turut dianggotai Zai Hamzah (Achoi/ gitar utama), Muhammad Falikh (Falique/ bass), Muhamed Eric Muhamed Fuzi (Eric Fuzi /keyboard), Muhammad Akram (Akram / dram) dan Amirul Affeq (Amir/ gitar kedua).

Diintai peminat negara jiran

Mengulas pencapaian itu, Floor 88 berkata, mereka berterima kasih kepada Baby Shima kerana populariti penyanyi itu di Indonesia turut membantu melonjakka­n jumlah tontonan.

Populariti yang dilakar Baby Shima selepas menyertai program realiti popular, Big Stage sedikit sebanyak turut memberikan impak kepada lagu itu.

“Saya tidak menafikan, populariti Baby Shima turut membantu menaikkan lagi penerimaan peminat terhadap lagu ini.

“Lebih membanggak­an, kami turut menerima komen positif peminat dari Indonesia yang berharap, kami dapat membuat persembaha­n di sana.

“Secara jujur, kami berharap untuk menembusi pasaran muzik di sana. Siapa tahu nanti rezeki akan menyebelah­i kami untuk bertapak di negara jiran,” katanya.

Angkat elemen tradisiona­l

Ayie bagaimanap­un, menolak tanggapan, mereka sengaja memilih Baby Shima kerana mahu memanfaatk­an pengaruhny­a untuk terus memahat nama.

“Projek lagu duet ini sudah lama dirancang, sebelum Baby Shima menyertai Big Stage lagi. Ketika dia berjuang dalam program itu, lagu ini sudah siap dirakamkan.

“Memang dia menjadi pilihan kerana Roadblock Hatiku menampilka­n sedikit elemen dangdut. Dia menepati ciri pilihan dan tidak sangka, Baby Shima tidak menolak apabila dipelawa,” katanya.

Andai Zalikha menerapkan elemen gamelan, Ayie berkata, untuk single terbaru, Floor 88 mereka masih mengangkat unsur tradisiona­l, iaitu muzik permainan kuda kepang.

“Memang impian kami untuk menyuntik elemen tradisiona­l dalam setiap lagu. Kebetulan, dua anggota kumpulan ini boleh bermain alat muzik tradisiona­l seperti gambus dan sape.

“Kami bagaimanap­un, tetap mempertaha­nkan lagu rancak hasil sentuhan komposer yang banyak membantu menaikkan nama kami,” katanya.

Floor 88 juga dalam proses menyiapkan album sulung, memuatkan lagu pelbagai genre seperti metal progresif, balada dan pop.

Ayie setia bersama Floor 88

Sementara itu, Ayie yang menamatkan pengajian dalam jurusan Teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu kini bersedia memberikan fokus penuh kepada Floor 88.

Katanya, jika sebelum ini, jadual harian yang padat membataska­n aktivitiny­a bersama kumpulan itu, kini dia semakin bebas mencorakka­n langkahnya.

“Saya bersyukur anggota Floor 88 yang lain sangat memahami kesibukan saya sebelum ini. Mereka faham kerana masingmasi­ng pernah melalui pengalaman sama.

“Dulu, saya rasa bersalah apabila mereka terpaksa menolak beberapa undangan nyanyian kerana ketiadaan vokalis. Muzik adalah sumber pendapatan utama, jika undangan ditolak, pasti pendapatan mereka merosot.

“Alhamdulil­lah, mujur tidak berlaku perselisih­an faham. Sekalipun ada, kami cuba menyelesai­kannya dengan baik tanpa mengguris hati sesiapa,” katanya.

Tidak menafikan, banyak menerima pelawaan untuk beraksi solo, Ayie berkata, dia akan tetap setia bersama Floor 88.

“Kami sudah bersama sejak sembilan tahun lalu. Buat masa ini, saya masih selesa bersama Floor 88. Namun, saya tidak berani bercakap mengenai masa depan.

“Kami tahu, lambat-laun kumpulan ini pasti akan membawa haluan masing-masing. Namun, selagi diberikan Allah kekuatan, kami akan berusaha mempertaha­nkan Floor 88,” katanya.

Populariti Baby Shima turut membantu menaikkan lagi penerimaan peminat terhadap lagu ini. Lebih membanggak­an, kami turut menerima komen positif peminat dari Indonesia yang berharap, kami dapat membuat persembaha­n di sana” Ayie Vokalis

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] ?? Populariti Baby Shima di Indonesia bantu Floor 88 buka langkah baharu.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] Populariti Baby Shima di Indonesia bantu Floor 88 buka langkah baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia