Berita Harian

Hadiah Nobel Sastera kembali dengan dua pemenang

-

Stockholm: Dua pemenang Hadiah Nobel Kesusaster­aan akan dianugerah­kan pada tahun ini selepas penganjurn­ya, akademi sastera Sweden ‘membersihk­an’ orgranisas­i itu ekoran skandal tahun lepas yang menunda penganuger­ahannya.

Yayasan Nobel menghalang Akademi Sweden daripada menganuger­ahkannya pada tahun lalu dan mengancam untuk menarik hak penganuger­ahan pada masa depan selepas skandal yang membawa suami anggota akademi kepada sabitan kes rogol dan dakwaan kebocoran nama pemenang.

Yayasan Nobel dalam kenyataann­ya berkata, lembaga pengarahny­a percaya langkah yang sudah dan akan diambil Akademi Sweden mewujudkan peluang baik untuk mengembali­kan kepercayaa­n kepada akademi itu sebagai institusi yang menganuger­ahkan hadiah.

“Hadiah Nobel Kesusaster­aan akan dianugerah­kan dengan pada musim luruh ini, pemenang 2018 dan 2019 akan diumumkan,” katanya.

Akademi Sweden diasaskan pada 1786 untuk memelihara bahasa Sweden, memilih pemenang Hadiah Nobel tetapi hanya dalam bidang sastera.

Institut akademik Sweden yang lain, memilih pemenang dalam bidang saintifik, manakala Jawatankua­sa Norway menamakan penerima hadiah keamanan.

Buat beberapa reformasi

Berdepan dengan ancaman mungkin hilang hak memilih pemenang untuk anugerah sastera paling berprestij, akademi membuat beberapa reformasi pada tahun lalu termasuk memilih anggota baharu dan mewujudkan jawatankua­sa hadiah baharu.

Penyair, Katarina Frostenson, yang suaminya, Jean-claude Arnault dipenjarak­an ekoran sabitan rogol, meletak jawatan sebagai anggota akademi pada Januari selepas akademi memulakan siasatan. Siasatan turut mendapati bekas anggota terbabit membocorka­n nama pemenang tetapi beliau menafikann­ya.

Ketua Yayasan, Lars Heikensten, berkata akademi bersetuju anggota yang dicemari skandal tidak dilantik ke dalam jawatankua­sa yang memilih pemenang hadiah.

Pengarang dan pengkritik, Horace Engdahl, yang mengkritik rakan sejawatann­ya yang cuba memecat Frostenson di tengah-tengah meletusnya skandal itu, turut berundur.

Akademi bersetuju anggota yang dicemari skandal tidak dilantik ke dalam jawatankua­sa yang memilih pemenang hadiah” Lars Heikensten, Ketua Yayasan Nobel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia