Berita Harian

Pesakit teruja berbual dengan Donald Trump

Kakak atur panggilan telefon untuk adik

-

Seorang peminat tegar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak mungkin akan melupakan pengalaman­nya seumur hidup apabila kakaknya, seorang ahli politik Demokrat, mengatur panggilan dan perbualan dengan presiden itu.

Jay Barrett, 44 tahun dari Connecticu­t, adalah seorang pesakit fibrosis sista yang sedang menerima rawatan penjagaan paliatif.

Kakaknya, Bridgette Hoskie, seorang ahli politik di New Haven, terletak 97 kilometer di utara New York, bertanggun­gjawab mengatur panggilan untuk adik lelakinya yang sebelum ini pernah mengundi bekas Presiden AS, Barack Obama, tetapi kini menjadi penyokong setia presiden Republikan itu.

Hoskie memuat naik video perbualan telefon adiknya dengan presiden AS ke akaun Facebook dan menyifatka­nnya sebagai sesuatu yang amat bermakna.

Terus berjuang

“Anda seorang yang baik hati, Jay. Saya amat berbangga dengan anda,” kata Trump.

“Saya akan berbual dengan anda lagi OK? Anda perlu terus berjuang. Kita berdua akan berjuang,” tambah presiden itu lagi.

“Tuan presiden, dalam susah senang, anda telah melalui banyak kesusahan dan juga banyak kesenangan, saya sentiasa menyokong anda,” kata Barret yang baru saja menjadi seorang ahli Republikan.

“Saya berharap anda akan hadir ke perhimpuna­n kelak,” kata Trump. Barret membalas: “Saya merancang untuk datang ke Washington antara hari ini dan tarikh saya meninggal dunia.”

Ketika Trump meminta Barrett untuk tidak bercakap mengenai kematian, Barrett berkata beliau bertekad untuk mengundi bagi pemilihan presiden pada 2020.

Selepas menamatkan panggilan, Barret yang bernafas menggunaka­n tiub menerusi hidung dan tekaknya, merenung kakaknya yang sedang merakamkan perbualan itu.

“Ia sangat gila. Macam tidak percaya saya baru saja bercakap dengan presiden AS menerusi telefon,” kata Barrett.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Donald Trump, Presiden Amerika
[ FOTO AFP ] Donald Trump, Presiden Amerika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia