Berita Harian

Bintang R&B, R Kelly ditahan lagi

-

Chicago: Bintang R&B, R Kelly ditahan buat kali kedua semalam kerana gagal membayar nafkah anak, beberapa minggu selepas beliau ditahan atas tuduhan penderaan seksual. Penyanyi berkenaan gagal menjelaska­n hutang sebanyak AS$161,000 (RM658,651) dalam bentuk nafkah kepada bekas isteri dan tiga anaknya, menyebabka­n hakim di Chicago memerintah­kan beliau ditahan.

Ia adalah tindakan undangunda­ng kedua ke atas penyanyi berusia 52 tahun itu yang mengaku tidak bersalah pada 25 Februari lalu atas 10 tuduhan penderaan seksual membabitka­n empat mangsa, tiga daripada mereka di bawah umur.

Wakil Kelly memberitah­u, bintang terkenal itu berdepan masalah kewangan walaupun pernah memenangi anugerah menerusi beberapa lagu hit, antaranya

Beliau turut berdepan kempen boikot berikutan tudu- han penderaan seksual yang dikenakan ke atasnya bulan lalu.

Jumlah bayaran

Menurut pegawai publisiti, Kelly bersedia membayar AS$50,000 (RM204,550) hingga AS$60,000 (RM245,460) dari jumlah sebenar namun hakim memerintah­kan bayaran itu dilangsaik­an sepenuhnya.

“Kami datang dengan harapan dapat membuat sedikit perjanjian namun mereka memerintah­kan ia dijelaskan sepenuhnya,” kata Darryll Johnson kepada wartawan di mahkamah.

Kelly yang mengenakan sut berwarna biru menyangka beliau dibenarkan untuk meninggalk­an mahkamah.

Beliau sebaliknya ditahan dan diiring keluar dari mahkamah oleh pegawai polis dan dijangka merengkok di dalam penjara sehingga perbicaraa­n pada 13 Mac nanti.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Kelly (kanan) tiba di mahkamah Cook County bersama peguamnya untuk perbincang­an kes nafkah anak.
[ FOTO AFP ] Kelly (kanan) tiba di mahkamah Cook County bersama peguamnya untuk perbincang­an kes nafkah anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia