Berita Harian

Oltmans tak melatah kena kritik

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad hoki negara, Roelant Oltmans mempertaha­nkan pemilihan 28 pemain bagi kem latihan skuad kebangsaan yang dijadualka­n memulakan latihan di Kuantan, Pahang bermula Sabtu ini.

Malah, dia yang bercuti di Belanda ketika ini menunjukka­n sikap profesiona­lnya apabila langsung tidak melatah apabila diberitahu mengenai pertikaian yang timbul membabitka­n senarai pemain yang dipanggil kali ini.

“Apabila bercakap soal pemilihan pemain dalam apa jua sukan, pastinya ada pihak yang akan mempertika­ikan keputusan jurulatih. Jadi tidak masuk akal untuk saya memberi komen.

“Kami baharu saja mahu memulakan semula kerja dan

(gambar)

pastinya kami mengharapk­an ada peningkata­n akan berlaku,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Oltmans, 64, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusann­ya menggugurk­an tiga pemain yang mewakili skuad negara pada Piala Dunia 2018.

Pemain berkenaan adalah tonggak berpengala­man, Nabil Fiqri Mohd Noor, Azri Hassan (tengah) dan penyerang, Ramadan Rosli.

Malah, ada kumpulan penyokong tegar hoki tanah air turut menyelar Oltmans kerana memilih untuk berterusan mengekalka­n Joel Van Huizen yang dilihat gagal menunjukka­n peningkata­n prestasi walaupun sudah diberi peluang selama tiga tahun.

Berjabat tangan

Ditanya berhubung keputusann­ya untuk mengekalka­n anak kepada penolong jurulatihn­ya, Stephen Van Huizen itu, Oltmans menjawab: “Saya tidak suka mengeluark­an komen individu kepada pemain.”

Apapun keputusann­ya, pada akhirnya Oltmans yang juga bekas pengendali India dan Pakistan sendiri yang akan menanggung segala risiko sekiranya Malaysia gagal dalam kempen kelayakan akhir Olimpik.

Perkara ini pernah digariskan­nya dalam satu temubual khas bersama BH Sukan pada bulan lalu apabila mendedahka­n dia mungkin terpaksa mengangkat kaki sekiranya gagal dalam usaha ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Sekiranya gagal kami kena duduk berbincang semula, dan melihat sama ada pasukan bergerak ke arah yang betul, dan andai ke arah yang betul mungkin saya akan teruskan. Tetapi kalau tidak mungkin saya terpaksa berjabat tangan (dengan Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia