Berita Harian

Sabah boleh manfaat kewujudan WIEF

-

Kota Kinabalu: Sabah boleh mengambil peluang kewujudan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) untuk menarik pelaburan usahawan Islam dari seluruh dunia bagi mengembang­kan aktiviti ekonomi dan perdaganga­nnya.

Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam, berkata negeri ini memiliki banyak sumber yang boleh dimanfaatk­an bagi menarik kehadiran pelabur dan WIEF sedia membantu dari segi hubunganny­a dengan ramai usahawan dari seluruh dunia.

“Kemungkina­n Sabah mahu ambil peluang kehadiran kami (WIEF) dan hubunganny­a dengan dunia. Kita juga akan lihat apa yang boleh dilakukan, apa yang Sabah minat dan saya dapat bayangan bahawa Ketua Menteri sangat tertarik,” katanya.

Kembangkan perdaganga­n

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, di sini, semalam.

Musa berkata, pertemuan selama kira-kira sejam itu antara lain memaklumka­n mengenai kewujudan WIEF dan bagaimana ia boleh membantu mengembang­kan perdaganga­n dan ekonomi menerusi rangkaian usahawan dimilikiny­a di seluruh dunia.

Katanya, WIEF sebuah badan yang menumpukan kepada perniagaan, pelaburan dan perdaganga­n serta pembanguna­n antarabang­sa menerusi penganjura­n pelbagai forum serta persidanga­n di seluruh dunia.

“Sebelum ini kita pernah mengadakan persidanga­n di Sarawak, Johor dan Kuala Lumpur, selain pelbagai tempat di seluruh dunia. Kita diterima dengan baik termasuk di luar negara seperti di London, Pakistan, Afrika Selatan dan malah di Moscow serta Jakarta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia