Berita Harian

PANGLIMA ATM DAPAT ‘LAMPU HIJAU’ PUTUSKAN PEMBELIAN ASET PERTAHANAN

Pemimpin tertinggi tentera diberi lampu hijau buat kajian teliti beli aset pertahanan

- Oleh Safeek Affendy Razali

Semua kepemimpin­an tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi ‘lampu hijau’ untuk mengkaji dan membuat perancanga­n teliti sebelum memutuskan pembelian aset pertahanan negara.

Setiap panglima dalam pasukan ATM lebih arif mengenai sebarang keperluan utama aset pertahanan yang diperlukan pada masa ini sebelum mengambil keputusan untuk dibentangk­an kepada Menteri Pertahanan dan timbalanny­a.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata segala perancanga­n untuk memiliki serta penggunaan setiap aset pertahanan mesti teratur dan dimasukkan dalam pelan Defence White Paper atau pelan jangka panjang ATM.

Cadangan panglima ATM

“Ini mengambil kita faktor keperluan end user, setiap pegawai dan anggota tentera atau pasukan pertahanan kita. Sebolehnya biar mereka yang berupaya untuk tentukan kerana mereka yang menggunaka­n dan mengendali­kannya.

“Bukan menteri yang tentukan seperti beli ini, jangan beli ini. Beli itu jangan beli ini. Itu tidak tepat. Ini sebenarnya ada- lah berkaitan pihak yang menggunaka­nnya seperti apa yang sangat diperlukan oleh Tentera Darat. Apa yang diperlukan oleh Tentera Udara,” katanya dalam temu bual khas bersama BH, semalam.

Mohamad berkata, beliau bersama timbalan dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan bakal memuktamad­kan sebarang perancanga­n pembelian aset yang dicadangka­n oleh setiap kepemimpin­an tertinggi ATM sama ada daripada Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Udara.

Beliau juga berkata, setiap keperluan dalam ATM memerlukan aset dan peralatan yang lebih canggih serta moden bagi memastikan tahap mempertaha­nkan kedaulatan dan keselamata­n negara berada pada keadaan siap siaga.

Pesawat tanpa pemandu diperlukan

“Antara aset pertahanan yang diperlukan pada masa ini adalah UAV (pesawat tanpa pemandu) bagi tujuan pengawasan. Ini kerana Malaysia adalah negara maritim dan ATM memerlukan lebih usaha untuk melakukan kawalan yang luas sama ada Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Sulu.

“Dalam konteks pengawasan, UAV adalah aset yang paling moden dan sesuai digunakan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga selalu menyatakan supaya setiap perolehan berkaitan dengan UAV perlu dipertingk­atkan,” katanya.

Beliau berkata, tawaran aset pertahanan daripada pemain atau industri pertahanan yang datang kepada Kementeria­n Pertahanan banyak, namun segala-galanya harus ditentukan oleh mereka yang menggunaka­nnya, iaitu setiap panglima dalam ATM.

Bukan menteri yang tentukan seperti beli ini, jangan beli ini. Beli itu jangan beli ini. Itu tidak tepat. Ini sebenarnya adalah berkaitan pihak yang menggunaka­nnya” Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia