Berita Harian

KABINET SETUJU SABAH, SARAWAK RAKAN KONGSI SEMENANJUN­G

Kabinet setuju langkah hak sama rata Sabah, Sarawak, Semenanjun­g

- Oleh Suzianah Jiffar

Kerajaan bersetuju membuat pindaan dalam Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n, bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjun­g.

Ia akan dibentangk­an oleh Jawatankua­sa Teknikal dan Kerja Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengenai hak sama rata Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g, dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, ketika mengumumka­n perkara itu berkata cadangan pindaan itu dipersetuj­ui Kabinet pada Rabu lalu.

“Ini langkah besar untuk menjadikan MA63 sebagai realiti.

“Kita mula dengan pindaan dalam Perkara 1(2),” katanya selepas merasmikan forum Pemulihan Keadilan - Alternatif ke Penjara di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah, Jennifer Lasimbang; Presiden Majlis Pemulihan Keadilan Sabah (CRJS), Dr KH Tan dan Timbalan Presiiden CRJS, Datuk John Sikayun.

Perlu majoriti dua pertiga

Vui Keong yang juga Pengerusi jawatankua­sa itu berkata, pindaan itu memerlukan dua pertiga suara majoriti di Dewan Rakyat, yang mana Pakatan Harapan (PH) kini mempunyai 135 Ahli Parlimen.

“Kita memerlukan 148 daripada 222 Ahli Parlimen. Saya percaya Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak akan menyokong pindaan ini,” katanya.

Difahamkan, cadangan untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n itu antara lain, bagi memulihkan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum pindaan dibuat pada 1976.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September tahun lalu berkata, kerajaan menerusi slogan ‘Malaysia Baharu’ akan mengembali­kan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, berbanding negeri dalam Malaysia.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau mengambil maklum penukaran status Sabah dan Sarawak daripada rakan sekutu kepada negeri dalam Malaysia sebelum ini, pengembali­an status itu sebahagian proses akan dilaksanak­an selepas kajian MA63 disiapkan.

Erat hubungan wilayah

Beliau dilaporkan berkata, pengembali­an status Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam MA63, memberi negara asas kukuh untuk mengeratka­n hubungan ketiga-tiga wilayah.

Terdahulu dalam ucapannya, Vui Keong berkata, pada masa ini seramai 66,222 banduan ditempatka­n di penjara seluruh negara, 56 peratus daripadany­a atas kesalahan dadah.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 1,281 menerima hukuman mati, iaitu 932 banduan adalah atas kesalahan berkaitan dadah.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Vui Keong menerima cenderahat­i daripada Tan (dua dari kanan) selepas merasmikan forum Pemulihan Keadilan Alternatif ke Penjara di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Vui Keong menerima cenderahat­i daripada Tan (dua dari kanan) selepas merasmikan forum Pemulihan Keadilan Alternatif ke Penjara di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia