Berita Harian

Khazanah disyor lepaskan syarikat rugi

Keputusan perlu untuk pulihkan masalah dihadapi: PM

-

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mungkin perlu menggugurk­an syarikat miliknya yang tidak berprestas­i baik dalam usaha memulihkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu daripada menanggung kerugian lebih besar.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun belum ada perbincang­an mengenainy­a, keputusan perniagaan seperti itu adalah perlu bagi memulihkan masalah yang dihadapi Khazanah.

“Khazanah perlu buat penjelasan kepada wakil-wakil rakyat dan juga kepada seluruh negara. Sudah tentu kehilangan ini disebabkan oleh perniagaan terutamany­a berkenaan dengan prestasi MAS (Malaysia Airlines Bhd) yang tidak memuaskan.

Perancanga­n atasi masalah

“Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipulihkan. Namun, saya yakin mereka (Khazanah) mempunyai perancanga­n untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh syarikatny­a yang berprestas­i rendah. Mungkin juga akan digugurkan beberapa syarikat,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan tiga harinya ke Filipina, di sini, semalam.

Ditanya sama ada syarikat berprestas­i rendah sudah dikenal pasti untuk digugurkan, Dr Mahathir berkata, belum ada perbincang­an mengenai perkara itu, tetapi ia adalah satu daripada cara untuk memulihkan Khazanah.

Khazanah pada Selasa lalu mengumumka­n, separuh daripada jumlah kos kerugian keseluruha­n RM7.3 bilion pada 2018 adalah disebabkan oleh dana RM6 bilion yang disuntik ke dalam MAS, yang dialih alih oleh Khazanah pada 2014.

Mengenai keputusan Malaysia untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabang­sa, Dr Mahathir berkata, ia perlu kerana sifat jenayah sekarang adalah merentas sempadan dan bukan lagi terhad di dalam sesebuah negara.

Sebagai contoh katanya, jenayah pengubahan wang haram apabila berlaku di sesebuah negara, ia akan turut menjejaska­n negara lain dan ini perlu ditangani secara bersama dengan negara lain.

Berhubung pertembung­an kuasa yang membabitka­n pertikaian Kepulauan Spratly membabitka­n Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam, Taiwan dan China, Dr Mahathir berkata, pertemuann­ya dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, telah memberi tumpuan kepada keperluan negara anggota ASEAN untuk mempunyai pendirian bersama terhadap perkara itu.

“Sudah tentu anggota ASEAN mesti menumpukan perhatian kepada isu ini supaya dasar kami tidak akan menimbulka­n sebarang masalah dan konfrontas­i dengan China,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembanguna­n Mindanao (MINDA), Datu Abul Khayr Dangcal Alonto dan Ketua Menteri Sementara Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM) Murad Ebrahim semalam, Dr Mahathir berkata ia berkisar kepada peluang meningkatk­an pelaburan di wilayah berkenaan.

“Mereka berharap mendapat input mengenai cara meningkatk­an pelaburan di rantau itu dan memberi peluang pekerjaan lebih baik kepada rakyat mereka,” katanya.

Khazanah perlu buat penjelasan kepada wakil rakyat dan juga kepada seluruh negara. Sudah tentu kehilangan ini disebabkan oleh perniagaan terutama berkenaan dengan prestasi MAS (Malaysia Airlines Bhd) yang tidak memuaskan” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Mutakhir ini, kita digemparka­n laporan mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan, Khazanah Nasional (Khazanah) yang mencatat kerugian kirakira RM6.3 bilion bagi tahun berakhir 2018.

Pengumuman dibuat ketika Khazanah akhir-akhir ini dilihat melupuskan beberapa aset strategikn­ya.

Ini termasuk melepaskan pegangan 16 peratus saham IHH Healthcare Berhad dengan nilai RM8.42 bilion kepada Mitsui & Co Ltd pada November 2018, selain menjual 40 juta saham dalam syarikat perbankan berpangkal­an di Filipina, BDO Unibank Inc, dengan nilai RM415 juta.

Anak syarikat Khazanah, Axiata Group Berhad, turut mengiringi tindakan ini dengan menjual semua

28.7 peratus pegangan sahama dalam M1 Limited kepada Konnectivi­ty Pte Ltd, pada harga RM1.65 bilion baru-baru ini.

Berdasarka­n laporan dikeluarka­n Khazanah, kerugian didorong peningkata­n ketara nilai rosot portfolio pelaburann­ya dari RM2 bilion pada

2017 kepada RM7.3 bilion pada 2018. Separuh darinya dikatakan disumbang menerusi pelaburan Khazanah di dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Namun, di kala Khazanah mencatatka­n kerugian, dividen RM1.5 bilion diisytihar­kan. Timbul persoalan bagaimana sebuah syarikat yang dikatakan rugi, masih mampu memberikan dividen?

Bagi menjawab persoalan ini, analisis ke atas kedudukan kewangan Khazanah perlu diperincik­an.

Kesan penyusutan nilai

Hakikatnya, bagi perakaunan tahun kewangan berakhir 31 Disember

2018, Khazanah mencatat penerimaan dividen daripada portfolio pelaburann­ya sebanyak RM2.4 bilion, selain keuntungan bersih hasil pelupusan aset RM1.4 bilion.

Namun, ia masih tidak mampu mengimbang­i nilai rosot terkumpul tahun sama. Sebab itulah Khazanah dilihat mencatatka­n kerugian.

Nilai rosot adalah kaedah perakaunan mengambil kira nilai semasa sesuatu aset atau pelaburan. Jika berlaku penyusutan nilai semasa, nilai rosot perlu direkodkan. Ini bagi mencermink­an keadaan sebenar semasa sesuatu aset atau pelaburan itu.

Namun, nilai rosot bersifat noncash item di mana penyusutan nilai tidak memberi kesan terhadap tunai atau kewangan semasa sesebuah syarikat sehinggala­h aset atau pelaburan dijual.

Kes nilai rosot tinggi dihadapi Khazanah sebenarnya mirip dialami Tabung Haji (TH). Dalam kes TH, lebihan jumlah keseluruha­n liabiliti adalah kira-kira RM4 bilion, berbanding RM70.3 bilion bagi jumlah keseluruha­n aset pada 2017, juga disebabkan nilai rosot tinggi dicatatkan.

Dalam kata lain, nilai rosot tinggi tidaklah juga menggambar­kan secara keseluruha­n mengenai kekuatan aliran tunai dan kewangan sesebuah syarikat.

Khazanah di bawah pengurusan baharu diketuai Datuk Shahril Ridza Ridzuan, dikatakan menggunaka­n strategi perakaunan kitchen-sinking di mana segala kerugian terkumpul, diumumkan pada satu tempoh perakaunan sahaja, berbanding mengumumka­n kerugian sedikit demi sedikit dalam tempoh lebih panjang.

Strategi inilah dikatakan penyebab kerugian RM6.3 bilion dicatatkan pada 2018.

Sebenarnya strategi kitchen-sinking bukan perkara baharu. Pada 2015, TESCO mengguna pakai strategi ini yang mengakibat­kan mereka melaporkan kedudukan kewangan paling teruk dalam sejarah penubuhan syarikat, dengan kerugian kira-kira RM32 bilion.

Strategi perakaunan kreatif

Di Malaysia sendiri, strategi ini diguna pakai. Media Prima Berhad (MPB) contohnya dikatakan mengguna pakai strategi sama dengan mengumumka­n kerugian terkumpul RM650.61 juta pada 2017, berbanding kerugian RM59.2 juta pada tahun sebelumnya.

Satu lagi strategi perakaunan berkaitan kitchen-sinking adalah big bath. Di dalam strategi ini, aset atau portfolio pelaburan akan dinilai lebih rendah dari yang direkod, supaya syarikat kelihatan rugi pada sesuatu tahun sebelum mencatatka­n keuntungan luar biasa pada tahun berikutnya.

Antara syarikat terkemuka dunia yang mengguna pakai strategi big bath adalah Samsung.

Persoalann­ya adakah salah mengguna pakai strategi perakaunan kreatif ini? Walaupun kedua-duanya tidak salah dari sudut perakaunan, ia tidak digalakkan.

Ia tidak menggambar­kan keadaan sebenar sesebuah syarikat daripada sepatutnya. Kebiasaann­ya, strategi ini diguna pakai pengurusan baharu sesebuah syarikat di mana kerugian dicatat pada tahun pertama melalui strategi kitchen-sinking dan big bath akan disandarka­n sebagai kesan pencapaian pengurusan terdahulu, sebelum menunjukka­n peningkata­n pada tahun berikutnya.

Tidak kira siapa atau strategi apa digunakan, kerugian dicatatkan sudah berlaku. Dalam kes Khazanah, pelan serta gerak kerja seterusnya penting agar ia kembali di landasan asal sebagai syarikat pelaburan strategik yang menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bersalaman dengan Murad ketika mengadakan pertemuan di Manila, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bersalaman dengan Murad ketika mengadakan pertemuan di Manila, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia