Berita Harian

Dr M sudah ada harga baharu projek ECRL

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah mempunyai harga baharu bagi projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) untuk dirundingk­an semula dengan China.

Sambil mengakui kos baharu projek berkenaan dalam pemikirann­ya dengan syarat dipersetuj­ui Malaysia dan China, namun enggan mendedahka­nnya buat masa sekarang.

“Ya, ada (harga baharu) tetapi saya tidak dapat mendedahka­nnya kepada anda,” katanya dalam wawancara bersama South China Morning Post (SCMP), di Manila, Filipina, kelmarin.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mempertimb­angkan untuk meneruskan projek ECRL dengan harga berpatutan yang dikurangka­n berbanding perlu membayar pampasan besar.

Dr Mahathir turut mengakui sukar untuk mencari penyelesai­an kepada isu projek ECRL itu.

“Secara semula jadi, China tidak mahu menghentik­an projek itu kerana ia adalah projek besar. Saya rasa ia bagus untuk perniagaan.

Harga perlu berpatutan

“Sebaliknya, kita tidak mempunyai wang. Kita tidak mahu meminjam begitu banyak wang. Jadi, akan ada rundingan berterusan. Jika ia perlu diteruskan, harga yang ditawarkan perlu berpatutan kepada kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu membayar pampasan banyak jika membatalka­n projek itu.

“Kita tahu tidak boleh membatalka­n kontrak ini bagi sebelah pihak sahaja. Kita kena bayar pampasan. Pampasan boleh jadi sangat besar. Antara perlu membayar pampasan jika menghentik­an projek dan meneruskan projek jika harga diturunkan, menjadi perkara yang akan dipertimba­ngkan bagi melihat keputusan mana yang terbaik,” katanya.

Bulan lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata kerajaan hanya meneruskan projek ECRL sekiranya harga ditawarkan bersesuaia­n dan ketika ini, Malaysia tidak bersetuju dengan harga ditawarkan.

Sebaliknya, Malaysia berharap mengeluark­an perbelanja­an kurang daripada kos ditawarkan iaitu lebih RM55 bilion, selain menegaskan bahawa bukan kerajaan tidak mahu meneruskan projek itu, tetapi ketika ini kerajaan tidak mempunyai wang berkenaan.

Katanya, kos projek kereta api yang sangat mahal menyebabka­n ia mengambil masa sehingga 30 tahun untuk membayar balik pinjaman dan akan dibebankan dengan faedah yang banyak sehingga akhirnya perlu membayar sehingga RM140 bilion.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata perbincang­an dengan kontraktor mendedahka­n projek itu boleh dilaksanak­an dengan kos RM35 bilion, iaitu jauh lebih rendah daripada harga asal RM55 bilion yang dipersetuj­ui sebelum ini.

Malaysia lebih suka ‘China kaya’

Projek ECRL bernilai RM81 bilion diluluskan Kabinet pada Oktober 2016 dan pembinaann­ya akan dikendalik­an oleh China Communicat­ion Constructi­on Company Ltd (CCCC), manakala pembiayaan pula disediakan Bank Eksport-import China (Exim Bank of China).

Dalam wawancara bersama SCMP itu, Dr Mahathir juga menegaskan bahawa Malaysia lebih sukakan ‘China kaya’ berbanding Amerika Syarikat (AS) yang sukar diramalkan sekiranya terpaksa berpihak dalam persaingan geopolitik dan perang perdaganga­n antara kedua-dua kuasa besar itu.

Katanya, pada masa ini, tindakan AS sukar diramalkan dan Malaysia perlu menerima China yang lebih dekat dan mempunyai pasaran besar, sekali gus boleh mendapat manfaat daripada kekayaan China yang semakin meningkat.

Perdana Menteri berkata, pertimbang­an Malaysia mengenai hubunganny­a dengan China juga tidak akan dipengaruh­i momokan negara Barat yang mendakwa syarikat telekomuni­kasi China, Huawei terbabit dalam pengintipa­n.

Bagaimanap­un, katanya, Putrajaya memerhatik­an dengan teliti dan mengadakan perbincang­an sekiranya pembabitan firma itu dalam rangkaian internet berkelajua­n tinggi 5G di Malaysia akan menimbulka­n ancaman terhadap keselamata­n negara.

“Walaupun China menyebarka­n pengaruhny­a di negara ASEAN dan di seluruh dunia melalui inisiatif One Belt One Road, ia tidak kelihatan seperti republik itu ‘mahu membina empayar’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia