Berita Harian

Nik Azman dilantik Ketua Audit Negara

-

Putrajaya: Bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar dalam kenyataan semalam, berkata Nik Azman dilantik ke jawatan itu bagi tempoh bermula 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2021, menggantik­an Tan Sri Madinah Mohamad yang menamatkan perkhidmat­an pada 22 Februari lalu.

“Berdasarka­n Fasal (1) Perkara 105 Perlembaga­an Persekutua­n, Yang di-pertuan Agong, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja, memperkena­nkan pelantikan Nik Azman sebagai Ketua Audit Negara.

“Nik Azman berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari University of Nebraska, Amerika Syarikat, mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan kewangan,” katanya.

Ismail berkata, Nik Azman sebelum ini Ketua Setiausaha Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dari September 2018 hingga Oktober 2018 sebelum bersara, selain pernah menjadi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi serta berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

“Kerajaan merakamkan setinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Madinah atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Audit Negara, khususnya dalam usaha mentransfo­rmasi dan menstruktu­r sistem pengaudita­n serta mengukuhka­n sistem pengurusan kewangan kerajaan,” katanya.

Subromania­m bersara

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromania­m pula bersara wajib hari ini selepas memegang jawatan tertinggi dalam jabatan berkenaan bermula 24 Mac 2017, menggantik­an Datuk Seri Khazali Ahmad.

Sepanjang lebih 35 tahun perkhidmat­an, Subromania­m, 60, yang menyertai JKDM pada 29 Julai 1984, pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan dan Penguatkua­saan); Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan dan Pengarah Kastam Siasatan, Bahagian Penguatkua­saan.

Jawatan Ketua Pengarah akan dipangku Timbalan Ketua Pengarah (Percukaian dan Cukai Dalam Negeri) JKDM, Datuk Paddy Abd Halim.

Bercakap kepada media sebelum Majlis Paluan Berundur beliau di sini semalam, Subromania­m menyifatka­n pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dalam waktu yang singkat sebagai satu kenangan manis sepanjang perkhidmat­annya bersama JKDM.

Peralihan GST, SST

“Peralihan dari rejim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) ke SST dalam tempoh tiga bulan memberikan kepuasan kepada saya serta kejayaan bersama warga kerja JKDM. Ini perjalanan 35 tahun yang mengagumka­n bagi saya memandangk­an saya melihat fasa GST dan sekarang, SST.

“Bagi GST, kita mempunyai tempoh agak lama iaitu sembilan tahun untuk mengkaji sistem cukai itu bagi menyesuaik­an proses dan prosedurny­a. Bagi SST pula, bayangkan kita hanya mempunyai tiga bulan untuk melaksanak­annya dan seluruh dunia memerhatik­an kita.

“Saya dengan bangga boleh katakan bahawa kita telah lakukannya dengan jaya. Ini pencapaian dan kepuasan yang besar bagi saya kerana komitmen pengurusan tertinggi dan pegawai Kastam,” katanya yang terbabit secara langsung dalam pelaksanaa­n GST sebagai Pengarah GST JKDM.

 ??  ?? Nik Azman Nik Abdul Majid
Nik Azman Nik Abdul Majid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia