Berita Harian

Tunggakan dibayar secara berperingk­at minggu depan

-

Kuala Lumpur: Tunggakan bayaran kepada pihak terbabit dengan pembekalan dan kerja berkaitan operasi kebun peneroka FELDA, akan dilaksanak­an secara berperingk­at mulai minggu depan.

Dalam kenyataan media semalam, FELDA berkata, antara pihak yang terjejas susulan tunggakan bayaran berkenaan, ialah pembekal dan kontraktor mengendali­kan pelbagai kerja seperti tuai serta angkut di ladang.

“Kita berharap pembayaran tunggakan ini akan melancarka­n operasi kebun peneroka dan dapat memaksimum­kan hasil serta pendapatan mereka,” katanya, semalam.

Kerajaan beri pinjaman RM577 juta

Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, menerusi temu bual eksklusif bersama BH sebelum ini menjelaska­n, kerajaan bersetuju memberi pinjaman RM577 juta susulan permohonan dikemukaka­n pihak lembaga bagi menangani isu aliran tunai yang kritikal, selain bagi menstruktu­r atau mengambil alih hutang peneroka menjangkau RM8 bilion.

Katanya, sebahagian pinjaman, iaitu RM77 juta sudah diterima untuk menjelaska­n bayaran elaun sara hidup November dan Disember, tahun lalu.

Susulan temu bual itu, FELDA mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, kerana menyalurka­n lebihan pinjaman kewangan sebanyak RM500 juta untuk melunaskan tunggakan bayaran 2018 kepada pembekal serta kontraktor­nya.

“Pengurusan FELDA juga sedang melaksanak­an beberapa inisiatif transforma­si untuk memulihkan aliran tunai, bagi memastikan kelewatan bayaran tidak berlaku pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? Othman Omar
Othman Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia