Berita Harian

PAS abai ahli isu kerjasama dengan UMNO: Mat Sabu

-

Shah Alam: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mempersoal­kan tindakan parti lamanya yang didakwa tidak membuat perbincang­an bersama ahlinya sebelum menjalinka­n kerjasama dengan UMNO.

Mohamad yang kini Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, sebagai ahli PAS selama 38 tahun, segala keputusan membabitka­n parti perlu ada perbincang­an di peringkat tertinggi.

Katanya, ketika zaman Tun Abdul Razak Hussein dahulu, sebelum PAS menyertai kerajaan campuran, parti itu mengadakan perbincang­an dan mengambil persetujua­n daripada Muktamar PAS melalui undian.

“Apabila berlaku perpecahan, lahir Semangat 46. Kita nak kawan atau tak, berlaku perdebatan dan kita bincang.

“Hasil mesyuarat Majlis Syura, kita bekerjasam­a dengan Semangat 46 demi perpaduan ummah dan begitu juga dengan zaman Reformasi.

Hairan tindakan PAS

“Nak bekerjasam­a dengan Keadilan (PKR), PAS buat usrah dan keputusan harus bekerjasam­a dan jadilah Barisan Alternatif.

“Begitu juga masa mahu bekerjasam­a dengan DAP. Adakan perbincang­an sebelum ambil keputusan bertahaluf dengan DAP,” katanya ketika program Bicara Minda Bersama Menteri Pertahanan di sini, semalam.

Mohamad berkata, berdasarka­n sejarah, beliau hairan dengan tindakan dibuat PAS kerana keputusan untuk bekerjasam­a bersama UMNO tidak dibincangk­an terlebih dahulu.

“Kenapa dengan UMNO, PAS bermain dalam gelap. Bukan pada masa ini sahaja, dahulu juga, ketika saya menjadi Timbalan Presiden, ada permainan di belakang.

“Jumpa dengan pelbagai orang, tetapi saya, Husam (Datuk Husam Musa), Mahfuz (Datuk Mahfuz Omar) tidak tahu,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, gabungan parti PH tidak terancam dengan kerjasama terbabit.

Selasa lalu, BH melaporkan mesyuarat jawatankua­sa induk UMNO dan PAS memutuskan kedua-dua parti tidak akan bersatu sebagai sebuah parti, tetapi hanya bersetuju bekerjasam­a sebagai pembangkan­g yang antara lain agendanya menumpukan kerjasama bagi menghadapi PRK akan datang.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 6 Mac lalu.
Keratan akhbar BH pada 6 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia